loader image

ELAKKAN SAPU BEDAK TALKUM PADA BAYI!

download

Siapa di sini yang masih menggunakan bedak talkum ketika menukarkan lampin bayi anda? 

Penggunaan bedak talkum boleh menyebabkan masalah ruam lampin. Walaupun ruam lampin ini sering dialami oleh bayi berumur 12 bulan ke bawah, namun ia dapat dihindari. Ruam lampin berlaku apabila kulit menjadi kemerahan di kawasan lampin termasuklah bahagian paha, punggung dan bahagian kemaluan.

Pendedahan terhadap air kencing dan najis untuk temph yang lama boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi terutama sekiranya bayi menggunakan lampin yang tidak menyerap dengan pantas.

Lampin yang terlalu ketat atau terlalu longgar juga boleh menyebabkan kemelecetan akibat geseran pada kulit bayi. Ini akan menyebabkan kulit bayi keradangan dan pedih.

Menurut Dr. Samhan, 1/3 bayi akan mengalami ruam lampin. Terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan untuk mengelakkan bayi anda terkena ruam lampin.

1. Cuci bahagian punggung bayi anda menggunakan air bersih yang mengalir. Elakkan menggunakan tisu basah terutama tisu basah yang mengandungi alkohol.

2. Lap punggung bayi sehingga kering sebelum memakaikan mereka lampin.

3. Elakkan menggunakan bedak talkum jerana bedak boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria dan kulat apabila bercampur dengan air kencing dan najis bayi.

4. Sapu krim pelindung yang sesuai dengan kulit bayi anda. Elakkan krim pelindung yang mempunyai bahan kimia seperti paraben dan steroid.

5. Pilih lampin yang sesuai dengan bayi anda dan mempunyai penyerapan yang tinggi untuk mengelakkan kawasan punggung bayi anda berada dalam keadaan lembap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *