Pemakanan di peringkat bayi dan kanak-kanak akan mempengaruhi corak dan status pemakanan seseorang apabila dewasa kelak. Oleh itu, amatlah penting bagi ibubapa untuk memastikan anak mendapat khasiat yang secukupnya bagi memastikan pertumbuhan yang optimum.
Masak bersama anak-anak terutama sekali makanan kegemaran mereka bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan anak malahan, dapat melatih serta mendidik anak untuk mengetahui apa yang dimakannya secara sihat. Secara tidak langsung, anak dapat mempraktikkan apa yang dilihat dan dipelajari.
- Warna: menyediakan makanan dengan menggunakan sumber pewarna asli.
- Daun pandan bagi menghasilkan warna hijau.
- Bunga roselle bagi menghasilkan warna merah.
- Kunyit bagi menghasilkan warna kuning.
- Bunga telang bagi menghasilkan warna biru.
- Saiz potongan makanan: pelbagaikan bentuk potongan makanan yang dihidangkan.
- Dekorasi makanan: membantu menarik minat kanak-kanak untuk makan.