loader image

3 Cara Mudah Untuk Kekalkan Kesihatan Anak

Kanak-kanak kecil lebih berisiko untuk demam atau terkena penyakit berjangkit kerana sistem imunisasi mereka masih belum matang sepenuhnya.

Lebih-lebih lagi apabila mereka bergaul dengan ramai kanak-kanak lain setiap hari. Oleh itu, mereka tersangatlah mudah untuk terkena penyakit seperti demam, selesema dan batuk hampir setiap minggu.

Ibu bapa sebenarnya sukar untuk menghalang atau memastikan anak mereka terhindar daripada terkena penyakit tersebut. Namun, ada beberapa tip berguna yang mampu mengurangkan risiko anak anda terkena penyakit.

Pastikan tangan sentiasa bersih: Pastikan anak anda tahu cara yang betul untuk membasuh tangannya di sekolah. Ini adalah perkara yang paling penting yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada terkena kuman.

Elakkan mereka memasukkan objek ke dalam mulut: Kanak-kanak kebiasaannya akan memasukkan apa sahaja ke dalam mulut mereka tanpa mengetahui betapa kotornya objek tersebut. Pantau pergerakan dan aktiviti anak-anak.

Beri anak anda makanan yang sihat: Diet yang seimbang dapat membantu sistem imunisasi mereka. Protein, biji-bijian, buah-buahan, sayuran, dan produk tenusu adalah makanan yang perlu anak kita ambil setiap hari. Hindari minum air dari ‘public water dispenser’ di sekolah kerana dikhuatiri mempunyai bakteria dan kuman yang boleh mengganggu kesihatan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *