loader image

Cara Memberi Makan Kepada Kanak-Kanak Yang Sakit

Memberi makan kanak-kanak yang sakit merupakan cabaran kepada ibu dan ayah. Selalunya mereka tak nak makan atau hanya makan sedikit sahaja. Adalah penting untuk tidak mengehadkan makanan/minuman yang mereka ingin makan.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk memberi makan kanak-kanak yang sakit:

  • Beri kanak-kanak makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil.
  • Beri kanak-kanak makanan yang lembut dan padat dengan nutrien seperti bubur nasi yang ditambah sayur-sayuran dan protein. Sedikit mentega boleh ditambah ke dalam bubur nasi untuk meningkatkan kalori.
  • Pangku kanak-kanak atau biarkan mereka makan dalam keadaan duduk.
  • Elakkan memberi kanak-kanak makan dalam posisi berbaring kerana boleh menyebabkan mereka tercekik.
  • Jika kanak-kanak muntah, tunggu selama 10 minit sebelum meneruskan pemberian air atau makanan.
  • Elakkan memberi kanak-kanak minuman berkarbonat atau kordial.

Semoga bermanfaat kepada semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *