loader image

3 Cara Berkesan Elak Anak Mudah Jatuh Sakit

Tidak ada manusia yang sentiasa sihat sepanjang hidupnya. Antara penyakit yang paling kerap berlaku adalah selesema, demam, batuk dan cirit-birit.

Walaupun penyakit-penyakit di atas dikategorikan sebagai penyakit ringan. namun sekiranya kita berada dalam keadaan tersebut sudah pastinya tidak akan selesa.

Kami kongsikan beberapa cara yang berkesan untuk mengelak anak dari mudah jatuh sakit.

  •  Jaga kebersihan: Ibu dan ayah harus perhatikan kebersihan anak yang membabitkan mulut, badan, kuku, rambut, kulit, pakaian dan lain-lain. Semua aspek ini harus betul-betul dijaga kerana ia boleh mempengaruhi keseluruhan kebersihan anak. Sebagai contoh, segera mandikan anak selepas mereka bermain di luarsupaya tiada kotoran dan bakteria melekat pada kulit.
  • Pola pemakanan: Pertumbuhan dan perkembangan anak sangat ditentukan oleh pemakanan hariannya. Berikan anak-anak 4-5 kali makanan yang cukup nutrisi seiring dengan keperluan tubuh badan mereka. Selain itu, amalkan rutin mencuci tangan sebelum dan sesudah makan untuk mengurangkan risiko kuman masuk ke dalam tubuh anak.
  • Waktu rehat: Rehat merupakan proses semula jadi yang bertujuan untuk mengisi semula tabung tenaga kerja di bahagian otak setelah seharian melakukan pelbagai tugas. Usahakan untuk anak dapat rehat dan tidur yang cukup seiring dengan keperluan tubuh badan mereka. Tidur membuatkan otak anak lebih relaks dan menghasilkan hormon yang diperlukan untuk tumbesaran mereka.

Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *