loader image

Tips Ajar Anak Membaca Cara Santai

Mungkin ramai daripada kita yang berpengalaman mengajar anak-anak. Tapi bila ajak ulangkaji, mereka buat muka bosan, kurang minat, tak mahu fokus dan macam-macam lagi alasannya kan?

TIPS 1: READ ALOUD

Bacakan buku untuk anak sejak mereka kecil. Seawal 6 bulan pun ibu dan ayah dah boleh bacakan mereka buku cerita. Kajian menunjukkan bayi yang dibesarkan dalam keadaan yang selalu dibacakan buku cerita seawal usia 6 bulan & sering berkomunikasi akan memiliki penguasaan kosa kata yang lebih banyak.

TIPS 2: DENGAR LAGU

Irama dan lagu sangat bagus untuk otak anak. Tambah bila mereka menari sekali. Untuk fonik, boleh cuba dengarkan lagu “Abu Ada Ayam”. Kalau tak guna fonik, menari dan berjoget dengan lagu ABC pun boleh.

TIPS 3: JANGAN STRES!

Bila kita stres, anak tahu dan boleh stres sama. Fikir untuk buat aktiviti yang boleh menarik minat anak. Elakkan guna kaedah latih tubi. Selalu peluk dan puji, dan letakkan tempoh masa 5-15 minit sahaja untuk sehari. Selebihnya bermain, bermain dan bermain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *