loader image

5 Tips Untuk Pastikan Anak-Anak Kekal Sihat, Aktif Dan Terhibur – Pt. 2

Dengan secubit kreativiti dan sikap optimistik, ibu dan ayah boleh menangani kebosanan anak-anak. Di samping memastikan anak-anak kekal sihat dan gembira, ibu dan ayah juga boleh memanfaatkan waktu yang terluang untuk merapatkan hubungan dengan mereka.

Berikut adalah 5 idea yang kami akan kongsikan untuk membantu anak-anak kekal sihat dan terhibur.

1. Perkayakan interaksi sosial dengan makan bersama

Waktu yang diluangkan dengan makan bersama dapat membantu anak-anak menyesuaikan diri dengan rutin di rumah. Dengan makan bersama, tabiat pemakanan yang lebih baik dapat digalakkan, sekali gus mendorong setiap ahli keluarga untuk berasa lebih bertanggungjawab ke atas kesihatan diri serta ahli keluarga mereka.

2. Galakkan tabiat membaca

Dedikasikan ruang khas di rumah anda untuk menggalakkan anak-anak anda membaca. Bantu anak anda memilih buku yang menarik dan terokai pelbagai genre seperti fantasi, misteri, sains fiksyen dan ‘thriller’.

3. Hasilkan wafel anda sendiri!

Kami kongsikan resepi ringkas dan berkhasiat serta lazat dengan pelbagai pilihan bahan yang ibu dan ayah boleh cuba bersama anak-anak. Ikuti kami di Facebook dan Instagram rasmi Mamz ya.

4. Berkhemah di dalam rumah

Dirikan khemah di rumah anda dan sertakan sekali permainan berpapan (board games), sesi bercerita, dan banyak lagi.

5. Anjurkan malam tayangan filem bersama keluarga

Sediakan ‘popcorn’, pilih filem menarik untuk ditonton dan nikmati malam anda bersama keluarga tersayang. Kami sarankan 5 filem menarik ini yang boleh ditonton seisi keluarga: Mary Poppins, Home Alone, Willy Wonka & the Chocolate Factory, A Little Princess dan Lion King.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *