ANAK2 MOMMIES ADA TAK YG SUSAH NAK MAKAN. INI 7 SEBAB KENAPA SUSAH MAKAN.

1. KELUARGA TIDAK MAKAN SEMEJA
Waktu makan adalah antara peluang untuk eratkan hubungan antara ahli keluarga. Tapi bila semua ahli keluarga tak makan sekali, hilanglah selera makan si anak. 

2. KITA TERLALU MENDESAK
Kita sebagai ibu bapa memang nk anak kita makan makanan yg berkhasiat. Kita juga nak kenalkan makanan yg sihat untuknya. Anak kita pula tak mudah utk terima makanan baru. Tapi, bukan mudah untuk si kecil terima makanan baru dengan mudah. Kita sebagai org dewasa pun tidak suka bila orang desak kita cuba makanan baru, apatah lagi kanak-kanak.

3. KENYANG SUSU / SNEK
Bila kita terlebih bg makan snek sprt biskut atau susu shj, kesannya, anak akan kenyang drpd makan snek atau susu sahaja dan tak dapat nutrisi lengkap daripada makanan utama.

4. RUTIN TIDAK KONSISTEN
Masa anak makan tak sama. Hari ini jam lain, esok jam lain. Cuba bg anak pd waktu yg tetap dan pastikan habiskan makan dlm tempoh 30 minit.

5. BOSAN
Hari-hari makan yang sama. Kita sebagai orang dewasa pon akan boring kalau makan yg sama setiap hari. 

6. TERPENGARUH DENGAN TABIAT MAKAN IBU BAPA
Macam mana kita nak anak kita makan sayur bila di dalam pinggan kita sendiri tak ada sayur? Tidak adil juga namanya kalau kita paksa anak makan sayur dan buah tapi kita sendiri asingkannya dari pinggan kita sendiri.

7. TIDAK DIBERI PELUANG UNTUK MENEROKA
Apabila anak diberi peluang untuk ‘bermain’ dengan makanan, barulah dia tahu apa teksturnya sebelum makan. Berikannya peluang untuk pegang sudu sendiri walaupun comot. Tetapi jangan biarkan anak bermain dengan makanan tanpa makan pula. Kalau dibiarkan lama-lama nanti tak jadi makan pula.

Sekarang kita dah tahu kenapa anak susah makan. Kita boleh elak perkara2 tersebut supaya anak kita lebih senang nak makan lepas ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help? Chat with us