6 TIPS LINDUNGI KANAK-KANAK DARI JANGKITAN WABAK COVID-19, KENA ALERT!

Berikutan Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu esok hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara, ramai orang sudah mula panik. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Dalam orang ramai sudah mula panik, janganlah kita terlupa dengan penjagaan kesihatan anak-anak yang masih kecil. Hal ini kerana kanak-kanak masih tidak peka dan mahir dalam apa yang dikatakan social distancing dan masih memerlukan bantuan ibu bapa. Jadi, ini adalah tips dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya tentant tatacara untuk melindungi kanak-kanak dari wabak COVID-19.

TIPS LINDUNGI KANAK-KANAK DARI COVID-19

Melindungi dan memastikan langkah pencegahan dan kawalan diambil bagi melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab semua. Amalan social distancing – menjarakkan hubungan sosial amat penting untuk mengurangkan kadar penularan pandemik COVID-19. Kejayaan pendekatan social distancing bergantung kepada pengelibatan semua individu dalam masyarakat.

Ayuh kita lakukan!

1. Pastikan mereka kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.

2. Pastikan mereka menutup mulut dengan etika yang betul apabila bersin atau batuk.

3. Pastikan mereka dihidangkan dengan makanan yang seimbang.

4. Jauhkkan mereka daripada orang yang sakit.

5. Elakkan anak-anak dari bersalaman dengan oang lain.

6. Pastikan mereka tidak menyentuh muka selepas menyentuh benda yang kotor dan berisiko.

*Jaga diri anda dan juga keluarga ya! Ikut arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan supaya social distancing dapat diamalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help? Chat with us