Tahniah kepada ibu bapa yang bakal melahirkan Si Manja. Mesti excited sebab terima insan ya g paling dinanti-nantikan. Tetapi tahu kah Mummiez ada beberapa perkara kita perlu jaga untuk mengelakkan sebarang perkara tidak baik berlaku sekiranya kita tak jaga beberapa pantang ini. Bukan tu sahaja ada juga perkara yang ayah dan ibu perlu belajar sebelum bayi dilahirkan ke dunia.
Antaranya:
1) Belajar pegang bayi anda dengan cara yang betul.
Mesti semua Mummiez dan ayah berasa teruja menimang, tak sabar nak pegang Si Manja, jadi wajib untuk Mummiez dan ayah basuh tangan dahulu untuk mengelakkan sebarang jangkitan kepada bayi. Maklumlah, antibodi bayi masih tidak terbina lagi.
Antara teknik cara pegang bayi yang betul ialah:
Memegang di bahu
Posisi buaian
Posisi di perut
Pegangan di pinggang
Pegangan muka ke muka
Pegangan kerusi
Pegangan di atas paha
Pegangan bola
Tak semua selesa untuk Mummiez dan ayah, jadi pilih la mengikut kesesuaian dan keselesaan Mummiez dan ayah okay.
2) Mandikan bayi
Bayi mengambil masa untuk suaikan diri di dunia ini. Bayangkan, 9 bulan di dalam rahim ibu, yang sangat selesa dan selamat, tiba-tiba lahir ke dunia yang teramat-amat besar bagi mereka. Ia mengambil masa yang agak lama untuk bayi suaikan diri mereka ke Alam kehidupan. Jadi apabila sesi mandi, bayi haruslah di mandikan dengan air suam, sama seperti suhu semasa mereka lahir. Ini akan mengurangkan risiko terkejut bayi kepada suasana sekarang. Bukan itu sahaja, suhu bayi agak tinggi sedikit, Jika Mummiez terus mandikan menggunakan air sejuk, terkejut Si Manja Mummiez tau.
3) Urutan lembut
Urutan menggunakan Mamz Oil berasaskan makanan sunnah, habbatussauda memberi keselesaan kepada Si Manja Mummiez. Bukan itu sahaja, Si Manja Mummiez juga dapat meningkatkan perkembangan fizikal dan mental Si Manja Mummiez. Dari Persatuan Urutab Bayi Antarabangsa, mengurut bayi boleh merangsang perkembangan sistem pencernaan Si Manja Mummiez. Selain itu dapat membantu menghindari kram, gas, kolik dan sembelit.
4) Jadual temujanji ke Klinik.
Sangat penting untuk Mummiez dan ayah pastikan setiap temujanji anak mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Jururawat. Kerana dari sini, kita tahu perkembangan anak kita dari segi fizikal dan saikologinya adalah normal. Di samping itu, jadual pengambilan vaksin juga sangat penting untuk bayi. Vaksin merupakan alternatif dan ikhtiar membantu anak untuk membina antobodi. InshaAllah dengan gabungan makanan sunnah atau sapuan sunnah Habbastussauda juga membantu membina antobodi Si Manja.