loader image

Ramai masih ‘confuse’ nak azan atau nak iqamatkan lepas anak lahir.

Firman Allah yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras dan kasar; tidak menderhaka kepada Allah SWT terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah al-Tahrim : ayat 6).

Besar tanggungjawab seorang ayah untuk membimbing anak-anak. Oleh itu, penting untuk para ayah menjalankan tanggungjawab sejurus anak dilahirkan. Apakah antarnya:

1) Azan dan Iqamah

Ayah disunatkan melakukan sujud syukur setelah bayi dilakukan. Disamping itu ayah juga disunatkan untuk mengazankan di telinga kanan dan mengiqamahkan di telinga kiri dengan nada suara yang perlahan dan lembut. Kerana telinga bayi sangat sensitif dengan bunyi. Tips bonus juga, Ayah boleh membaca surah Toha ayat 1-5 dan ditiupkan  ke ubun-ubun bayi.

 

2) Tahnik

Ramai yang terlupa akan amalan sunat ini, sangat penting untuk merangsang lidah Si Manja untuk menghisap susu ibu. Hanya celupkan jari manis dengan madu, kurma atau manisan lain (pastikan makanan sunnah sahaja) dengan membaca selawat, Surah An-Nas, Surah Al-Falaq, Surah Al-Ikhlas dan Surah Al-Insyirah. Kemudian, jari manis si Ayah hendaklah menyentuh dan menggosok dengan lembut lelangit atau bibir bayi.

3) Pengurusan uri

 

Sebaik-baiknya, Uri perlu di urus dengan cara membasuh dan menanamnya pada tempat yang selamat bagi menghormati haknya. Pastikan tiada perbuatan syirik semasa melakukannya, antaranya, menanam dengan pen uri tersebut dengan kepercayaan anak akan jadi bijak. Tidak ya, itu semua kurafat. Tapi lebih baik si Ayah mendoakan agar anak diberi kesihatan yang baik dan cemerlang hingga ke akhir ayat.

4) Bercukur

Biasanya dilaksanakan ketika bertahnik dengan menggunting sedikit rambut  Si Manja. Sunat dan amalan sunnah mencukur keseluruhan rambut bayi kerana mampu mencerdikkan akal. Bukan itu sahaja tau Ayah dan Mummiez, malah boleh menghasilkan rambut yang lebat dan cantik. Paling penting,  sapukan Mamz Oil di kepala bayi agar kulit bayi lembut dan boleh juga menghilangkan kerak-kerak di kepala. Seterusnya, rambut yang telah dicukur hendaklah di timbang dan beratnya hendaklah di nilai dengan emas atau perak dan disedekahkan kepada fakir miskin.

5) Penamaan bayi

Ingat tau, Ayah dan Mummiez hendaklah menamakan bayi dengan nama yang memberi makna yang baik. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap insan akan diseru mengikut nama masing-masing pada hari kiamat.

6) Berkhatan

Berkhatan bagi kanak-kanak lelaki adalah wajib manakala bagi kanak-kanak perempuan ia amat dituntut sebagai satu penghormatan. 

7) Aqiqah

Aqiqah bermaksud menyembelih binatang sembelihan sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran bayi. Kemudian Mummiez, daging sembelihah itu disunatkan untuk di masak manis sebelum di sedekahkan kepada fakir miskin. Hukum aqiqah ini ialah sunat Muakkad. Sunat dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran Si Manja dan dilaksanakan oleh wali iaitu ayah, datuk atau penjaga. Berapa ekor kambing ya? Bagi anak lelaki ialah 2 ekor kambing yang matang usianya atau 2 bahagian daripada seekor lembu. Manakala jika perempuan ialah seekor kambing yang matang usiannya atau 1 bahagian dari seekor lembu. 


Alhamdulillah, ni la benda-benda yang perlu Ayah dan Mummiez lakukan kepada si Bayi dalam masa 7 hari kelahiran. Tapi mengikut kemampuan ya. Okay Mummiez dan para ayah, untuk banyak lagi tips parenting, kita akan kongsikan lagi lepas ni ya. Jangan lupa tau, seawal sehari dah boleh buat urutan pada bayi dengan sapuan Mamz Oil, supaya anak mudah keluarkan kahak yang ada di dada. Okay Mummiez dan Ayah stay tuned dalam entri seterusnya ya, Assalamualaikum. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *