Hi Mummiez, jumpa lagi kita dalam blog Mamz harini. Semalam kita dah kongsikan kelebihan minyak zaitun, harini kita akan kongsikan kelebihan penggunaan habatussauda pada bayi, kaank-kanak dan dewasa.
Tahukah Mummiez minyak Habatussauda perlu di hasilkan dengan penuh teliti dan kaedah yang sungguh mahal. Iaitu kaedah cold pressed. Cold Pressed ialah proses menekan buah atau bujian menggunakan besi yang telah di steril untuk untuk mengeluarkan minyak.
Teknik ini dilakukan untuk mengekalkan zat dan nutrisi yang ada. Cold pressed ni lah proses yang akan menghasilkan minyak berkualiti tinggi.
Habbatussauda sangat sesuai buat kanak-kanak atau bayi yang baru lahir juga. Habbatussauda digunakan sejak ribuan tahun dahulu oleh pengamal perubatan masyhur.
Dari sudut pandangan islam sendiri, Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aishah RA menyebutkan kelebihan habatussauda dalam membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Penyelidikan sainitis mengenalpasti pelbagai kandungan bioaktif yang ada dalam habbbatussauda. Temuan thymoquinone di dalam Habbatussauda membantu melawan sel barah.
Kajian juga menunjukkan minyak habbatussauda bertindak sebagai anti-radang. Di samping itu, habatussauda juga bertindak sebagai penghalang atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Maka, jika pertumbuhan bakteria-bakteria dapat direncatkan, risiko jangkitan penyakit dapat dikurangkan. Jika anak batuk selsema berkahak, kurang lah risiko jangkitan virus atau bakteria kepada bayi atau kanak-kanak.
Bagi orang dewasa juga ia berfungsi sebagai anti-kanser. Habbatussauda kaya dengan bahan antioksida seperti vitamin dan kompaun bioaktif berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukkan sel tidak normal seperti kanser.
Ia juga membantu penjagaan kesihatan perut dan penghadaman manusia. kepada anda yang gastrik sangat sesuai untuk amalkan Mamz Oil untuk melegakan gastrik dan sakit perut.
Jadi sungguh penting untuk amalkan habbatussauda dalam diet atau dalam rutin. Contoh lepas mandi, boleh sapukan anak dengan Mamz Oil. Insya-Allah, Mummiez ikhtiar untuk kesihatan dan kebaikan keluarga Mummiez.