Habbatussauda sangat sesuai buat kanak-kanak atau bayi yang baru lahir juga. Habbatussauda digunakan sejak ribuan tahun dahulu oleh pengamal perubatan masyhur.
Dari sudut pandangan islam sendiri, Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aishah RA menyebutkan kelebihan habatussauda dalam membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Penyelidikan sainitis mengenalpasti pelbagai kandungan bioaktif yang ada dalam habbbatussauda. Temuan thymoquinone di dalam Habbatussauda membantu melawan sel barah.
Kajian juga menunjukkan minyak habbatussauda bertindak sebagai anti-radang. Di samping itu, habatussauda juga bertindak sebagai penghalang atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Maka, jika pertumbuhan bakteria-bakteria dapat direncatkan, risiko jangkitan penyakit dapat dikurangkan. Jika anak batuk selsema berkahak, kurang lah risiko jangkitan virus atau bakteria kepada bayi atau kanak-kanak.