loader image

Minyak Zaitun sesuai ke untuk bayi?

Mummiez tahu tak, Buah Zaitun ada disebutkan di dalam Al-Quran. Minyak Zaitun ini sesuai untuk semua peringkat umur. Terutama pada bayi. Sangat sesuai untuk di ambil secara oral atau sapuan pada rambut dan kulit.

 

Jom ketahui apakah khasiat  yang sesuai untuk Si Manja Mummiez.

1) Melembabkan kulit bayi.

 

Kandungan minyak zaitun oleic acid dan linoleic acid membantu kulit menyerap minyak dengan baik serta memberikan khasiat baik kepada bayi.

Sebab itu urutran sangat penting buat Si Manja. Kerana, selain melembabkan kulit dan mendapat nutrisi yang baik, Si Manja Mummiez juga dapat mengeratkan hubungan dengan Si Manja.

Haa, tahukah Mummiez, di dalam Mamz Cream pun terdapat minyak zaitun. Sama juga fungsi seperti Mamz Cream. Membantu melembabkan kulit dan melegakan keradangan kulit. 

2) Membersihkan kepala bayi.

Mesti Mummiez perasan bila bayi baru lahir akan ada kulit berkerak di kepala mereka. Ini kerana kulit dari dalam perut belum habis dibersihkan.

Jadi dengan penggunaan minyak zaiton dapat membantu Mummiez membersihkan kulit kepala Si Manja Mummiez. Caranya sungguh mudah, hanya sapukan minyak zaiton pada kepala Si Manja, kemudian biarkan 20 minit. Kemudian urut dengan berus lembut atau kain lembut. Jika tebal kuping kepala pada bayi, biarkan selama 1 malam.

3) Membantu melegakan sembelit.

Bayi yang sudah mula makan, mesti ada masalah sembelit kerana usus mereka masih perlukan adaptasi. Jadi mengambil masa untuk bantu bayi membuang najis dengan mudah. Iaitu Mummiez boleh masukkan minyak zaitun dalam makanan. Tidak pun Mummiez boleh urut bayi juga dengan minyak zaitun atau dengan Mamz Cream.

Bila Mummiez dah urut kurang lah anak nak meneran dan membantu melancarkan dan melembutkan najis Si Manja Mummiez.

 

4)Membantu anak yang kembung.

 

Mesti 1st timer baby rasa buntu sebab anak asyik nangis. Sampai tak tahu nak buat apa lagi kan. Cuba Mummiez sapukan Minyak Zaitun dan urut Si Manja agar angin keluar dari perut. Mungkin Si Manja Mummiez meragam sebab kembung. Kesian dia tak selesa. 

Bukan tu saja tau Mummiez, Bayi pun akan tidur lena lepas Mummiez urut.

5) Melebatkan rambut.

Mummiez yang mengimpikan rambut anak lebat dan cantik, boleh la gunakan minyak Zaitun  untuk disapukan kepada rambut anak. Kerana minyak zaiton meningkatkan penghasilan kolagen dan keratin untuk mendapatkan rambut yang sihat.

Wah banyak rupanya kelebihan minyak zaitun ni. Jadi Mummiez, jom kita usahakan berikan terbaik buat anak. Perjuangan Ibu tidak aakn berhenti sehingga anak sihat dan gembira. Okay Mummiez kita jumpa lagi esok ya dengan bnayk lagi tips yang menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *