loader image

“Bila hamil, banyak perubahan pada badan.”

Teruja bila dapat tahu Mummiez hamil kan. Tapi Mummiez perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Pelbagai perubahan yang akan beraku kepada tubuh mummiez bila mengandung. Dan itulah kenangan terindah Mummiez bila anak dah membesar nanti. Setiap moment terindah semasa mengandung akan di ingat sampai bila-bila. Terutamanya kehamilan pertama.

Ada beberapa bahagian akan berubah antaranya, perubahan pada payudara, strech marks, dan berat badan bertambah. Jom kita tengok apa yang akan berubah dan bagaimana hendak Mummiez atasi ketidakselesaan ini.

🥰 Perubahan Payudara
Payudara Mummiez akan membesar akibat perubahan hormon apabila tarikh matang semakin hampir, sebagai persediaan Mummiez untuk menyusu. Ia mungkin terasa menyakitkan dan tidakkeselesaan pada Mummiez. Sesetengah wanita hamil mula mengeluarkan kolostrum. Kolostrum ialah susu pertama yang akan dihasilkan oleh Mummiez semasa trimester ketiga. Ia adalah cecair pekat dan kekuningan yang mengandungi antibodi yang melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan.
Jadi sangat penting untuk Mummiez memakai bra bersalin dengan sokongan yang baik. Di samping itu, untuk mengelakkan ketidakselesaan , masukkan pad dalam bra untuk menyerap kebocoran. Maklumkan doktor anda jika anda alami ketulan, perubahan pada puting, lelehan (selain kolostrum), atau perubahan kulit.
 Untuk menghasilkan susu yang lebih pekat agar bayi Mummiez cepat kenyang, bolehlah amalkan Momiz agar memperbanyakkan susu Mummiez. Bukan tu saja, ia juga membantu mengurangkan rambut gugur Mummiez, mengembalikan kulit Mummiez yang anjal.

🥰 Strech Marks.

Ia adalah perkara biasa semasa kehamilan, menjejaskan 8 daripada 10 wanita. Mummiez tahu, apabila hamil, semakin meningkat kehamilan, semakin besar perut tanda regangan biasanya terbentuk pada perut Mummiez. Kadang-kadang ada juga di bahagian atas peha dan payudara Mummiez. Tapi Mummiez jangan risau, regangan ini akan beransur hilang selepas proses kelahiran. Tetapi, mungkin juga tidak akan hilang sepenuhnya.

Tiada kajian menunjukkan sama ada minyak atau krim sebenarnya boleh menghalang tanda regangan daripada berkembang dari tempat yang pertama. Tetapi jika Mummiez nak cuba krim, pastikan krim itu tidak mempunyai bahan yang merbahaya. Mummiez boleh juga sapukan Mamz Cream untuk kulit yang lembut dan lembab.

🥰Berat badan meningkat.

Walaupun penambahan berat badan sangat berbeza bagi setiap wanita. Kebanyakan wanita hamil bertambah antara 10 – 12.5 kg. berat badan sebelum hamil. Anda mungkin mempunyai kesan ke atas beberapa banyak berat anda bertambah semasa hamil.

Jadi sangat penting untuk Mummiez amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Ikuti perkongisan yang lain okay Mummiez. Pastikan Mummiez follow Mamz agar dapat banyk lagi tips dan info yang menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *