loader image

Emotional burnout ? Hati-hati para Ibu..

Semua ibu mesti nak berikan yang terbaik. Tapi pasti Mummiez telah berikan tenaga sepenuhnya. Antaranya bangun pagi untuk masakkan buat bekal anak pergi sekolah, gosokkan baju anak untuk ke sekolah. 

Tapi mungkin ini akan membuatkan Mummiez stress sebab Mummiez perlu berikan yang terbaik untuk anak. Kadang-kadang rasa macam nak give up. Tapi teruskan juga kan Mummiez. Tidak mengapa Mummiez jika Mummiez rasa tak nak lakukan rutin tu. Jika Mummiez berasa begitu, jangan teruskan, kerana jika Mummiez teruskan takut kelak Mummiez burnout. 

Tapi sebelum tu, jom kita ketahui apa itu Burnout?

Burnout tu bila perasaan malas dan tidak bersemangat untuk buat rutin sama setiap hari. Terkadang rasa penat sangat dan bosan.

Terdapat 3 tanda yang boleh kita tengok sama ada Mummiez burnout atau tidak. Antaranya tingkah laku, fizikal dan emosi.

Tanda Tingkah laku :

❤️Mummiez akan mengudur diri daripada tanggungjawab.

❤️Mummiez akan menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya.

❤️Mummiez akan datang bertugas lewat dan balik awal.

Tanda Fizikal :

❤️Mummiez rasa keletihan sepanjang masa

❤️Mummiez kerap sakit kepala, sakit belakang dan sakit otot.

❤️Gangguan penghadaman.

❤️Sukar untuk tidur.

Tanda Emosi :

❤️Mudah marah dan sensitif.

❤️Sukar mengawal perasaan dan mudah menangis

❤️Rasa tidak dihargai

❤️Terlalu penat.

Jadi, penting untuk para suami cakna akan masalah yang dihadapi oleh isteri. Ini beberapa tips para suami boleh lakukan untuk bantu para isteri. Antaranya : 

💐Me time.

Para suami boleh la ambil masa untuk menguruskan rumah dan memberi ruang untuk isteri ber-me time. Sebenarnya sangat membantu untuk mengembalikan tenaga dan motivasi agar Mummiez boleh melakukan semula tugasan dengan gembira. Tetapi Me time yang lebih baik bila kita mengadu pada Allah dan merintih pada Allah.

💐Pendengar setia.

Ada masa kita perlukan orang untuk mendengar apa yang kita pendamkan. Ya, wanita perlu didengari, Jadi para semua perlulah menjadi pendengar yang baik. Tak kisah la jika isteri mengarut, layankan juga lah. 

💐Dapatkan tidur sekejap pada waktu siang.

Jangan terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri. Bagus sekiranya jika Mummiez dapat tidur sebelum waktu zohor. Atau di panggil Qailullah juga dipanggil power nap. Jadi bila kita dah terbangun, kita akan recharge kembali energy kita yang dah penat tu. 

💐Bercuti.

Ambil lah peluang bawa isteri dan anak-anak pergi bercuti. Agar isteri dapat lari sekejap daripada rutin. Bila bercuti, isteri akan rasa dihargai dan tenang. Jadi burnout dapat di kurangkan dengan pergi melancong. Bila mood baik, Mummiez akan rasa gembira, akan hasilkan hormon kegembiraan.

💐Hadiahkan Momiz.

Momiz sangat membantu untuk meningkatkan tenaga buat Mummiez. Bukan tu sahaja, boleh mengurangkan keguguran rambut Mummiez, melembutkan dan melicinkan kulit Mummiez. Jadi barulah Mummiez boleh buat kerja dengan gembira. Selamat mencuba Mummiez, Insya-Allah nanti kita akan kongsikan lagi kebaikan dan tips untuk semua Mummiez. Jumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *