loader image

Baby sedu tak henti. Normal ke tidak?

Tahniah Mummiez sebab baru dapat baby. Mesti excited sebab baby yang dikandung lahir akhirnya. Bila dah lahir mesti banyak benda Mummiez tak pasti dan teruja untuk belajar. Normal ke bila bayi sedu tak henti ni? Sebarnya normal Mummiez. Orang tua tua kata anak nak membesar. Cuma kita perlu tahu punca dan cara untuk hentikan sedu bayi.  

Sebenarnya, bayi sedu ini tidak menjadi masalah dan ibu dan ayah jangan risau ya. Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang terkena sedu juga. Banyak cara orang dulu-dulu buat untuk hilangkan sedu. Sebelum tu, jom kita share dulu apa punca bayi sedu.

Apa Punca Bayi Sedu?

Punca bayi sedu disebabkan kontrak diafragma yang tertutup, kemudian anda dapat dengar bunyi sedu yang keluar. Tapi, ia tak menjejaskan Si Manja Ibu. Yang hebatnya, Si Manja masih boleh tidur bila kena sedu. 

Ada beberapa punca yang menyebabkan Si Manja Mummiez sedu mungkin mengalami keadaan ini :

1) Perut tak selesa.

Bayi bawah setahun memang akan kerap terjadi.

2) Sedu lepas minum susu.

Penyimpanan susu dalam perut  mereka berlaku secara mengejut.

3) Termuntah.

Bayi terlebih minum susu.

4) Pernafasan.

Akan alami sedu lepas menangis sebab selsema membuatkan mereka sukar untuk nernafas dengan baik.

5) Makan makanan keras (solid food).

Bila bayi dah diperkenalkan dengan makanan keras, sistem penghadaman sedang belajar untuk memproseskan makanan keras tersebut, jadi ia mungkin terganggu sedikit.

4  cara Ibu ayah boleh buat untuk hentikan sedu Si Manja.

1) Alihkan perhatian bayi :

Cara ni ramai orang tua-tua kita ajarkan dulu. Ingat tak letakkan tisu yang di basahkan kemudian letakkan ke dahi Si Manja. Sebenarnya cara ni nak alihkan perhatian Si Manja. Ibu juga boleh buat aktiviti yang boleh menenangkan Si Manja. Contoh : tepuk tangan.

2) Sendawakan bayi :

Biasanya lepas bayi menyusu, Ibu sendawakan bayi. Ini juga boleh di praktikkan kepada bayi yang sedang menyusu, tiba-tiba sedu. Ibu boleh hentikan penyusuan, kemudian sendawakan bayi. Hanya letakkan bayi dalam keadaan menegak bagi membolehkan gas yang berlebihan dalam badan dilepaskan.

Ibu juga boleh gosok belakang badan Si Manja dari pinggang ke bahu ketika dia duduk menegak. Sekiranya masih sedu, teruskan lagi dengan lembut.

3) Selimutkan bayi:

Jika Ibu dah cuba sendawakan bayi tapi masih sedu, Ibu boleh cuba dengan cara selimutkan bayi. Ketika bayi menghisap hujung selimut ia bantu mengendurkan diafragma dan hentikan sedu. Tapi hati-hati, pastikan kain selimut bersih, khuatir kotor nanti boleh membawa jangkitan pula pada bayi.

4) Berikan bayi air kosong:

Tips ni khas untuk bayi 6 bulan ke atas. Sebab hanya bayi 6 bulan boleh minum air kosong. Bagi air dengan sudu agar bayi tak tersedak. Tapi pastikan dalam keadaan bayi di dudukkan.

5) Urutan perut bayi:

Urut belakang bayi dengan Mamz Oil agar bayi tenang dan mudah untuk kawal angin di dalam badan. seperti yang kita tahu, punca bayi sedu juga disebabkan perut yang tak selesa. Jadi dengan sapuan Mamz Oil membantu melegkan perut Si Manja yang tak selesa. Selamat mencuba ya.

Nantikan banyak lagi tips-tips yang akan kami kongsikan untuk bantu semua Mummiez. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *