loader image

“Lagi Anak Kita Tak Sihat, Lagilah Kita Kena Bawa Mereka Keluar” – Doktor Kongsi Manfaat Alam Semulajadi Untuk Kesembuhan

Bila tengah musim selesema dan batuk ini pasti Mummiez susah hati kan? Bermula dengan hantar anak di taska, atau pergi ke pusat membeli belah, atau family gathering. Mana tidaknya, kalau si abang/kakak selesema dan batuk boleh berjangkit pula pada adik-beradik lain.

Kebiasaannya, jika anak selesema dan batuk kita sebolehnya akan cuba elakkan daripada bawa mereka keluar ke mana-mana. Bimbang keadaan mereka bertambah teruk dan menjangkiti orang lain pula!

Tapi kali ini mungkin kita  boleh cuba ubah persepsi itu, dengan membawa anak keluar ke alam semulajadi untuk mendapatkan kesembuhan. Bukan bersiar-siar dalam pusat membeli-belah atau kenduri tau!

Jom ikuti sedikit perkongsian dari Puan Mazliana Mazlan, seorang doktor tentang manfaat alam semulajadi terhadap kesembuhan serta kesihatan si kecil.

Bawak anak keluar cari cahaya matahari dan tanah bila batuk dan selsema.

Kalau dulu kita tak berani bawak anak keluar rumah bila sakit, sekarang kita kena ubah pulak. Tapi masih dalam keadaan berjaga gitu.

Cari ikhtiar baru, kalau anak asyik batuk tak henti-henti, hidung pulak berair selalu.

Baru ni anak saya batuk. Seharian jemur kat luar. Dari pagi sampai petang. Waktu terik sangat, duduk bawah pondok dan dia tidur. Masih di luar rumah.

MasyaAllah, dalam masa 3 hari je dah selesai batuk berkahak dia. Fuh, hebatkan Allah ciptakan alam pun boleh jadi asbab penyembuhan buat anak.

Ubat paling power tau matahari dan tanah ni. Percuma pulak tu. Rugi sangat kalau kita tak ambil peluang kan.

Lebih masa di luar rumah, lebih terdedah dengan matahari, lebih banyak vitamin D yang kita dapat, lebih cepat anak nak sembuh, insyaAllah dengan izin dariNya.

Bila bersentuhan dengan tanah pulak, berlakunya perpindahan cas-cas antara tanah dan tubuh badan. Dapat kurangkan keletihan dan keluarkan hormon bahagia buat anak. Bila bahagia dan tak stress, cepatlah sembuh bila sakit kan.

Boleh cuba tau. Ramai sangat tanya pasal anak tak sihat. Apa saya share, kadang menjadi, kadang mungkin tak menjadi. Ikut keserasian dengan anak-anak kita.

Kalau korang dah buat semua, tapi masih tak menjadi, jom cuba bawak anak cari nikmat matahari pulak. Mana tahu di situ ada penyembuhan buat anak-anak korang kan.

Kita cuba sama-sama ya, carikan jalan terbaik untuk penyembuhan anak secara menyeluruh, insyaAllah.

Mummiez boleh juga ikhtiarkan dengan Mamz Oil. Formulasi khusus bagi bayi dan anak kecil, selamat dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Merawat selesema dan batuk berkahak.
  • Melegakan batuk.
  • Merawat asma dan resdung.
  • Melegakan kembung perut.
  • Menghilangkan gatal-gatal kulit.

Sihat Itu Nikmat!

Kredit: mazliana.mazlan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *