loader image

Hingus Anak Berwarna Hijau Dan Pekat? Mummiez Kena Jaga-Jaga!

Selesema, batuk dan demam adalah permasalahan yang sering dihadapi oleh si kecil yang sedang membesar. Ini kerana sistem imunisasi si kecil masih lagi di peringkat pembangunan.

Penting bagi Mummiez untuk kenal beberapa jenis warna hingus kerana setiap warna itu mempunyai maksud yang tersendiri! 

Ini membolehkan Mummiez untuk mengetahui dan membuat tindakan yang sesuai sama ada si kecil memerlukan pemantauan rapat, atau perlu dibawa ke klinik/hospital untuk konsultasi doktor.

Terdapat 4 jenis warna yang boleh Mummiez perhatikan jika si kecil selesema. Warna yang biasa kita lihat adalah putih/jernih, hijau dan kuning. Namun, ada sesetengah kes di mana terdapat juga hingus yang berwarna merah!

1. Warna Putih/Jernih

Hingus yang biasa keluar dari hidung si kecil. Terjadi bila menangis atau sejuk selepas mandi. Beri air kepada si kecil secukupnya. Boleh juga berikan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti oren atau jambu batu.

2. Warna Hijau

Jika keluar hingus berwarna hijau secara berterusan, Mummiez perlu beri perhatian. Ini kerana hingus jenis ini bersifat pekat dan likat, dan mungkin akan mengganggu pernafasan mereka. Bawa si kecil ke klinik sekiranya mengalami kesukaran untuk bernafas.

3. Warna Kuning

Mummiez perlu lebih berhati-hati  jika si kecil berhingus kuning. Tekankan tahap hidrasi mereka. Beri air dengan lebih kerap. Jika berterusan lebih dari 2 minggu, disarankan untuk dapatkan konsultasi dari doktor.

4. Warna Merah/Coklat

Jaga-jaga Mummiez! Hingus jenis ini menandakan hidung si kecil terlalu kering menyebabkan kulit dalaman luka dan berdarah. Sekiranya darah keluar berterusan, segeralah berjumpa doktor!

Dengan mengetahui jenis-jenis warna hingus si kecil, Mummiez dapat ambil tindakan yang betul dan pantas! Boleh juga berikhtiar dengan Mamz Oil sebagai sapuan harian. Bebas dari hingus, si kecil dapat bernafas dengan lebih selesa dan kembali ceria!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *