loader image

“Luluh Hati Saya Lihat Anak Tak Bermaya, Panggil Nama Lemah Sangat Responnya” – Anak Diserang RSV, Ibu Kongsi Kisah Duka

“Sewaktu kami dalam perjalanan ke hospital, saya tidak putus-putus beristighfar dan berdoa pada Allah supaya anak saya diberi kesihatan seperti sebelumnya. Sedih sangat saya tengok dia macam terseksa sangat nak bernafas,” luah Norazizah Azizan.

Si kecil yang pada asalnya sihat dan gembira, bebas bermain bersama tiba-tiba menjadi lesu.  Hati ibu mana yang sanggup melihat keadaan anak yang tidak berdaya menahan kesakitan dimasukkan alat bantu pernafasan di hospital. Lebih pilu, anak Puan Norazizah disahkan menerima jangkitan Respiratory Syncitial Virus (RSV).

RSV adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan di paru-paru dan saluran pernafasan. Walaupun simptom jangkitan RSV ini ringan dan sering berlaku pada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun, jangkitan ini boleh menjadi teruk bagi sesetengah kes.

“Saya guna Mamz Oil untuk anak saya sejak dia lahir lagi. Alhamdulillah anak saya sihat dan ceria, sakit pun jarang-jarang. Tapi ada satu hari tu saya tak perasan stok Mamz Oil saya dah habis. Ingatkan ada lagi stok dalam simpanan, sebab biasanya saya restock dalam kuantiti yang banyak jadi tak risau lah. Bila Mamz Oil yang tinggal satu tu habis, saya cari-cari lah yang baru…Allah dah tak ada stok dah,” keluh Puan Azizah.

“Sementara menunggu proses restock tu, anak saya pun terhenti juga lah penggunaan Mamz Oil tu. Tapi tak lama pun, dalam 2 minggu macam tu je. Saya pun macam tak apa lah 2 minggu je, sekejap je ni insyaAllah semuanya ok kot”

Dalam masa terhenti seketika penggunaan Mamz Oil itu, anak Puan Azizah dijangkiti demam. Pada mulanya nampak seperti demam biasa sahaja, namun anak beliau mula selesema dan batuk berkahak. Si ibu mencuba pelbagai ikhtiar moden mahupun tradisional, tetapi kesihatan anak semakin merosot sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan bantuan segera!

Doktor mengesahkan bahawa anak Puan Azizah telah dijangkiti RSV, dan dalam kes si kecil ini jangkitannya adalah sangat teruk. Anak beliau terpaksa ditahan di hospital dan dimasukkan ke dalam wad bagi pemantauan rapi. “Walaupun semuanya demi kebaikan dia, namun luluh diri ini melihat dia seakan ‘terseksa’ dengan segala bantuan perubatan hospital yang dipasang di badannya.”

“Saat itu juga saya terus contact sahabat saya, tanya ada tak stok Mamz Oil dan minta dia hantar segera,” ujar Puan Azizah. Sebotol Mamz Oil terus ke hospital dengan segera demi membantu sahabat yang dalam kesusahan. “Saya spray dalam mulut anak terus, dalam masa sama saya berdoa sepenuh hati. Ya Allah…Kau angkatlah kesakitan anak ku ini. Ini sahajalah ikhtiar yang aku mampu lakukan!”

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar akan rintihan hambaNya yang sedang menghadapi saat-saat sukar. Seketika selepas Puan Azizah beri Mamz Oil secara direct ke dalam mulut, anaknya terus muntah kahak dengan sangat banyak. 

Dalam tempoh 2 hari penggunaan secara konsisten, anak beliau mula menampakkan tanda-tanda positif untuk pulih. “Alhamdulillah saya syukur sangat-sangat bila anak saya nampak sedikit kuat. Bagai segunung beban diangkat dari bahu, terasa seringan-ringannya diri ini. Ya Allah…”

“Anak saya warded tempohari sedikit sebanyak adalah dari kesilapan saya juga. Kalaulah saya lebih alert, mungkin anak saya tak perlu ke hospital,” ujar Puan Azizah dengan sedikit nada kekesalan. Namun, beliau akur akan segala ketentuan Ilahi. Setiap yang kita lalui itu pasti ada hikmahnya, kan?

Sejak dari peristiwa duka itu, Puan Azizah akan pastikan bekalan Mamz Oil sentiasa ada demi anak tersayang. Dalam masa yang sama, beliau akan terus menyebarkan kebaikan Mamz kepada ramai Mummiez di luar sana. Buat Mummiez di luar sana yang tercari-cari jalan penyelesaian bagi selesema dan batuk berkahak, ikhtiarkan lah dengan Mamz Oil.

Benar, segala yang berlaku itu semuanya atas kehendakNya. Namun tidak juga salah untuk kita berikhtiar demi kesihatan keluarga tercinta. Semoga Puan Azizah sekeluarga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *