Anak kecil akan aktif membesar. Maka perkenalkan lah telur dalam diet mereka. Persoalannya, kenapa mesti telur?
Telur merupakan makanan yang kaya dengan protein dan sangat sesuai diambil terutamanya pada waktu pagi sebagai energy booster. Cukup dengan sebiji telur rebus di pagi hari untuk si kecil, dapat membekalkan tenaga kepada badan mereka untuk memulakan hari yang penuh dengan cabaran!
Namun, kuning telur sering menjadi isu pada kita. Rata-rata tak mahu ambil telur kuning kerana kandungan kolestrol yang ada di dalamnya. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa kolestrol bukanlah sesuatu yang besar dan perlu ditakuti.
Dengan pengambilan kolestrol yang sederhana, ia tidak akan meningkatkan low-density lipoprotein (LDL) cholestrol atau biasa disebut sebagai kolestrol jahat.
Bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi, malah telur juga ada banyak jenis vitamin yang penting untuk keperluan tubuh badan. Ada kalsium, folat (vitamin B9), vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi sehingga digelar ‘multivitamin semulajadi’!
Kuning telur mengandungi vitamin, mineral, dan juga pelbagai nutrien yang sangat bagus seperti choline. Kajian menunjukkan bahawa telur kaya dengan vitamin B yang bagus seperti vitamin B6, vitamin B12 dan asid folik, yang mampu menghalang pengecutan otak dan melambatkan penurunan kognitif.
Si kecil masih lagi dalam fasa pembentukan sistem imun. Maka adalah sangat penting untuk kita sama-sama bantu dari segi pengambilan makanan mereka agar dapat membesar dengan sihat. Vitamin D yang ada di dalam kuning telur sangat penting untuk perkembangan otak dan sistem imun agar tubuh si kecil jadi sihat dan kuat! Telur juga adalah antara sumber protein penting yang boleh membantu menyeimbangkan berat badan dan meningkatkan jisim otot si kecil.
Pengambilan telur adalah sangat bagus untuk si kecil. Tapi mungkin ada si kecil yang kurang gemarkan rasa telur. Mummiez boleh dapatkan Emune-X Jr untuk si kecil. Rasa yang masam-masam manis pasti menambat hati mereka!
Formulasi khusus bagi anak kecil yang dibuat khusus dari gabungan makanan Sunnah iaitu Habbatussauda, Cendawan Susu Harimau, Delima, Madu, Oren & Kurma. Sesuai dijadikan makanan tambahan harian untuk si kecil bagi meningkatkan antibodi dan mengekalkan kecergasan sepanjang hari!