loader image

“Kan Baru Je Lepas Makan Tadi?” Anak Asyik Nak Makan, Ini Sebabnya Mummiez!

“Mama, adik lapar…”

“Eh, kan tadi baru je makan nasi? Tak kenyang lagi ke?”

Pernahkan Mummiez melalui situasi si kecil sentiasa lapar? Normalkah keinginan untuk makan itu berbahaya? Tahukah Mummiez, sebenarnya kanak-kanak mahupun orang dewasa sering mengambil makanan walaupun bukan pada ketika rasa lapar.

Sering kali si kecil akan mempunyai keinginan untuk makan sebagai tindak balas terhadap keadaan emosi dan perasaan mereka. Jika sentiasa kelihatan lapar walaupun telah cukup 3 hidangan sehari bersama snek, mungkin ada faktor lain yang menjadi punca keinginan tanpa henti untuk makan itu.

Jika Mummiez perasan bahawa si kecil mempunyai keinginan untuk makan kerana rasa bosan, Mummiez mungkin perlu mengubah kecenderungan itu dengan melakukan aktiviti lain sebagai distraction kepada rasa bosan tersebut.

Mummiez boleh lakukan aktiviti lain selain makan seperti:

1. Bermain basikal.

2. Melukis dan mewarna.

3. Berjalan di taman.

 

Snacking juga boleh diberi kepada si kecil tetapi biarlah ia dalam bentuk yang sihat seperti sayuran mentah (lobak merah, salad), buah-buahan atau sup sayuran. Elakkan snacking yang tidak mempunyai kalori yang mengenyangkan seperti kerepek kentang atau gula-gula.

Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya anak mengadu sering lapar JIKA keinginan itu tidak dipengaruhi oleh emosinya. Namun jika keinginan untuk makan atau mengunyah itu dirasakan keterlaluan sehingga berisiko untuk mendapat masalah kesihatan seperti obesiti, Mummiez perlu dapatkan nasihat doktor untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Mummiez boleh cuba beri Emune-X Jr kepada si kecil, yang terdiri dari makanan Sunnah sangat sesuai dijadikan makanan tambahan harian untuk anak kecil bagi meningkatkan antibodi dan mengekalkan kecergasan sepanjang hari. 

  • Habbatus Sauda melancarkan peredaran darah.
  • Cendawan Susu Harimau menguatkan paru-paru dan melegakan batuk.
  • Kurma memberikan tenaga sepanjang hari.
  • Madu menguatkan sistem imunisasi.
  • Delima bersifat anti radang.
  • Oren bersifat antioksidan & membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *