“Dalam family kami tak pernah ada sejarah penyakit ekzema. Tapi ada satu masa tu saya terpaksa masuk darah sampai 3 botol. Biasalah kat hospital, orang derma darah kan. Tak tahu macam mana alih-alih anak saya ada ekzema. Mungkin sebab darah orang lain tu ada ekzema, menurun pulak ke anak saya,” keluh Puan Farhana.
Penyakit ekzema, atau dikenali sebagai dermatitis adalah sejenis penyakit kulit yang boleh menyebabkan masalah kerengsaan dan keradangan kulit pada kulit. Antara simptom ekzema adalah kekeringan, kemerahan dan kegatalan pada kulit yang boleh menjadi sangat teruk!
Dalam kes Puan Farhana, anaknya mengalami masalah ekzema dan juga kulit kering di bahagian kaki terutamanya di betis. Disebabkan terlalu gatal, Amanda menggaru sehingga berdarah. Bayangkan, kepedihan yang terpaksa ditahan bila kulit yang kering, digaru hingga berdarah terkena air.
“Bila dengar Amanda menangis sambil meronta-ronta menahan sakit, saya rasa sedih sangat! Apa lah yang Umi boleh lakukan untuk hilangkan sakit Amanda ni…” rintihnya.
Setiap bulan, bermodalkan RM150 Puan Farhana terpaksa ke farmasi untuk mendapatkan ubat bagi merawat ekzema anaknya. “RM150 tu hanya untuk ubat sahaja. Belum termasuk kos transportation, dan juga masa nak ke farmasi. Secara kasarnya, berhabis hampir RM200 juga lah.”
Namun, terbit sedikit kerisauan pada ibu muda ini, terutamanya dari segi kos dan masa. “Sampai bila saya perlu ke farmasi untuk dapatkan ubat. Harga ubat pun makin mahal sekarang…”
Ditakdirkan Allah swt, Puan Siti yang merupakan kawan kepada Puan Farhana mencadangkan beliau untuk mencuba produk Mamz. Tanpa berlengah, beliau terus dapatkan Mamz Baby Cream melalui ejen di Facebook.
Secara umumnya, kulit ekzema adalah kering dan memerlukan pelembap yang berminyak dalam kuantiti yang banyak untuk meliputi seluruh kawasan berekzema. Sapuan pelembap perlu diulang dengan kerap apabila kulit menjadi kering semula.
Alhamdulillah, sejak menggunakan Mamz Baby Cream ni, ekzema si kecil Amanda nampak lebih terkawal. “Amanda dah tak menggaru sangat. Bila Amanda gatal jer, cepat-cepat saya sapukan dengan krim ni. Kena pantau jugalah takut dia sedap sangat menggaru. Tapi so far nampak Amanda serasi dengan krim ni.”
Si kecil juga bagai tidak boleh berpisah dengan Mamz Baby Cream ini. “Lepas mandi jer, mesti Amanda minta sapu krim. Terus tunjuk kaki sambil minta Umi..sapu..sapu..” kata Puan Farhana sambil tersenyum.
Alhamdulillah. Kami di Mamz sangat berbesar hati kerana dapat membantu permasalahan Puan Farhana. Doakan kami agar dapat bantu lebih ramai lagi ibu-ibu di luar sana ya!