Jalan kaki merupakan senaman sederhana yang dapat dilakukan di mana-mana sahaja tanpa sebarang peralatan sukan yang khusus. Walaupun hanya senaman yang sederhana, aktiviti berjalan kaki memiliki manfaat yang sangat besar. Jika dilakukan dengan konsisten, Mummiez dapat menikmati beberapa manfaat seperti berikut!
1. Menurunkan Berat Badan
Berjalan kaki dengan laju, atau brisk walk selama 30 minit dapat membakar sehingga 150 kalori dalam tubuh badan kita. Dipadankan dengan diet yang sihat, pasti berat badan akan turun dengan cepat.
2. Menyihatkan Jantung
Berjalan kaki dengan santai merupakan pilihan senaman yang sangat baik untuk seseorang yang mempunyai masalah jantung. Berjalan kaki secara teratur selama 30 minit di pagi hari dapat membantu menurunkan tekanan darah dan memperkuatkan jantung.
3. Meningkatkan Fokus
Aktivit berjalan kaki juga dapat membantu meningkatkan kesihatan mental dan kemampuan untuk kekal fokus sepanjang hari. Selain meningkatkan fungsi kognitif, berjalan kaki boleh membantu daya kreativiti seseorang.
4. Mencegah Tekanan/Depresi
Ketika melakukan aktiviti berjalan kaki ini, endorfin akan mengalir dengan baik ke seluruh tubuh badan. Endorfin mampu mengurangkan stress, melapangkan hati dan mengurangkan rasa cemas.
Banyak manfaat yang Mummiez boleh dapat dengan aktiviti berjalan kaki ni. Jom kita mulakan hari ini!