Apis mellifera, atau lebih dikenali sebagai lebah madu adalah antara lebah yang paling terkenal. Lebah sangat penting dalam ekosistem kita. Selain itu, lebah juga merupakan penyumbang kepada salah satu super food iaitu MADU, yang mampu menawarkan pelbagai manfaat pada kesihatan kita.
Perbezaan Madu Komersial Dan Madu Asli
Tahukah Mummiez, bukan semua madu yang ada di luar sana mempunyai khasiat madu asli. Madu komersial biasanya diekstrak dari lebah kemudian dibangkitkan dengan antibiotik.
Madu komersial akan melalui proses pemanasan. Proses ini akan menyebabkan madu tahan lebih lama, tetapi banyak enzim berguna yang terhapus semasa proses rawatan ini.
Proses penapisan pula membuang bahan bermanfaat seperti debunga dan propolis untuk mewujudkan tekstur keemasan dan warna yang jelas.
Sebaliknya, madu asli adalah berbentuk mentah sama seperti apa yang dihasilkan dan diambil dari sarang lebah. Oleh itu, madu asli mungkin mengandungi bahagian lebah, lilin dan kotoran lain serta berwarna lebih gelap berbanding madu komersial.
Madu asli tidak menjalani apa-apa proses rawatan khas yang boleh menurunkan nilai manfaat kesihatannya, hanya sekadar ditapis ‘manja’ sahaja.
Khasiat Madu Dari Segi Kesihatan
1. Madu yang dicampurkan dengan kayu manis boleh membantu mengurangkan risiko diabetes. Sebagai pengganti gula, madu juga boleh meningkatkan insulin dan seterusnya membantu pengurusan gula dalam darah.
2. Madu juga biasa digunakan sebagai ubat batuk, sebagai alternatif kepada ubat-ubatan komersial dengan keberkesanan yang sama. Untuk merawat batuk bagi si kecil yang berumur lebih setahun, disyorkan pengambilan setengah hingga 2 sudu teh madu sebelum tidur.
3. Pengambilan madu sebelum tidur membantu glycogen ke hati, seterusnya menghalang otak dari ‘bangun’ (aktif) agar dapat tidur dengan lebih mudah dan berkualiti.
Madu juga membantu dalam pelepasan melatonin dalam otak untuk meningkatkan imunisasi dan pembentukan semula tisu ketika kita sedang berehat.
Emune-X dan Emune-X Jr dirumus khas menggunakan pelbagai makanan Sunnah, termasuklah madu. Dengan khasiat madu ini, mudah-mudahan dapat memberi segala kebaikannya kepada Mummiez dan keluarga!