Fahami Perkembangan Emosi
Apabila bergelar Mummiez, sudah tentu akan berdepan dengan situasi di mana emosi si kecil cepat berubah. Dalam tengah bermain bergembira, si kecil boleh menangis atau merajuk sekelip mata.
Tanpa angin…tanpa ribut…sepantas kilat mood mereka boleh bertukar!
Adakalanya apa yang dirasai si kecil akan disusuli dengan perbuatan seperti memeluk atau mencium. Ini adalah cara mereka meluahkan rasa kasih sayang.
Ciri Perkembangan Emosi
Perkembangan emosi adalah kemampuan untuk merasai dan menyatakan perasaan seperti rasa marah, tidak puas hati, benci, takut, sayang, suka mahupun bahagia.
Perkembangan emosi yang baik dapat membantu mewujudkan perasaan positif serta rasa hormat diri.
Oleh kerana itu, adalah penting untuk Mummiez bantu si kecil mengawal emosi dengan cara yang penuh hemah.
Jenis Perbezaan Emosi Yang Ditunjukkan
- Bahagia
Apabila si kecil berada dalam emosi ini, mereka akan meluahkannya dengan pelukan, senyuman dan ketawa. Mereka juga akan mempunyai keinginan untuk berada dekat dengan individu atau barang yang disayangi.
- Gembira
Sekiranya si kecil berada dalam emosi seronok, mereka akan meluahkannya melalui tingkah laku seperti menepuk tangan, tersenyum, ketawa, melompat dan memeluk.
- Marah
Jika si kecil berada dalam emosi marah, biasanya mereka akan menzahirkan perasaan tersebut melalui perbuatan memukul, menggigit atau mengejek.
- Takut
Perasaan takut yang dialami boleh melibatkan persekitaran, individu atau khayalan. Mereka mungkin berasa takut dengan individu asing, kawasan yang gelap dan khayalan tentang hantu.
- Cemburu
Kebiasaannya berlaku apabila kehadiran adik-beradik lain atau apabila Mummiez mendukung si kecil lain. Penzahiran perasaan ini melalui rasa marah, menghisap jari atau kencing malam di katil.
- Sedih
Apabila si kecil berasa sedih, ia akan diluahkan dengan tanda-tanda kemurungan, tidak mahu bermain atau keengganan untuk makan.
Pada dasarnya pemilihan perkataan adalah penting. Biarkan si kecil rasa seperti diberikan pilihan dan bukannya hilang kebebasan.
Walaup bagamanapun, perkara paling mustahak dalam perkembangan emosi si kecil ini adalah Mummiez perlu banyak bersabar dengah karenah si kecil!