loader image

Cara Mudah Ajar Anak Membaca, 3 Tips Menarik Untuk Dicuba!

boys, kids, reading-3396713.jpg

TIPS AJAR ANAK MEMBACA

Memupuk minat membaca mestilah bermula dari dalam keluarga. Keluarga merupakan syurga dunia bagi anak-anak. Pasti teruja bila melihat anak-anak seawal 3 tahun dah boleh membaca buku dengan lancar. Zaman sekarang, semuanya boleh diajar di rumah. Tidak perlu tunggu hingga anak pergi ke tadika. Jom kita lihat tips menarik yang Mummiez boleh cuba!

1. BACAKAN BUKU UNTUK ANAK-ANAK

Mummiez kena bacakan buku untuk anak-anak kalau mahu mereka minat membaca. Jika Mummiez selalu baca buku kegemaran mereka, pasti anak-anak boleh hafal segala isi cerita dalam buku tersebut walaupun dengan pelat-pelat mereka. Haa…Mummiez jangan terkejut pula taw! Tak percaya? Cubalah…

2. MEMBACA ITU SATU RUTIN

Balik ke rumah selepas aktiviti seharian di luar, bagaimana kalau waktu yang berbaki sebelum rehat kita baca buku bersama anak-anak. Jika dilakukan setiap hari, anak-anak akan ambil buku dan suruh kita baca tanpa perlu disuruh. Lepas habis satu buku, pasti akan diminta untuk ulang semula. Memang sedikit penat, tapi yakinlah akan usaha Mummiez hari ini untuk perkembangan si kecil beberapa tahun lagi.

3. NYANYI LAGU BERSAMA-SAMA

Suara Mummiez tak sedap dan sumbang? Jangan risau. Anak-anak tidak kisah pun. Yang penting, Mummiez join sekali bersama mereka. Lagu-lagu rakyat dan ‘nursery rhymes’ boleh dinyanyikan dan digayakan bersama. Pasti mereka akan rasa cukup gembira! 

KESIMPULAN

Apa yang penting ialah penglibatan Mummiez untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Ya kami faham…ramai yang sibuk dan kurangnya masa untuk anak-anak. Namun percayalah, pelaburan masa untuk anak-anak adalah pelaburan yang sangat penting dan berbaloi untuk masa depan.

P/s: Keadaan si kecil yang selesema dan batuk berkahak pasti mengganggu proses membaca mereka. Dapatkan Mamz Oil dan Mamz Cream hari ini untuk keselesaan dan kesihatan si kecil!

photo_2022-10-20_10-51-31

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Need Help? Chat with us