loader image

Cara Anak Belajar Ikut Karakter Diri, Ini Tips Untuk Bantu Anak Sukses Dalam Pelajaran!

children studying, book, reading-670663.jpg

Bergelar ibu dan ayah, kadang-kala kita tidak menyedari kesilapan kita dalam mendidik anak-anak.

Pasti setiap ibu dan ayah inginkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, tidak hairanlah ada yang sanggup berhabis wang ringgit demi menyediakan kelas tambahan untuk anak-anak.

Namun, tahukah anda, setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan dalam pembelajarannya?

Cara setiap anak itu belajar sebenarnya berbeza, bergantung kepada karakter dan personaliti mereka. Boleh saja belajar macam biasa mengikut cara kebanyakannya, tapi kalau kena dengan cara dan karakter serta personaliti mereka, ilmu yang dipelajari itu akan lebih mudah difahami dan diserap.

Haa…barulah senang nak jawab soalan ketika ujian! Sebab dia faham apa yang dia belajar. Jom kita tengok kategori anak mengikut fokus pembelajarannya.

1. Ada anak yang fokusnya pendek. Kena banyak belajar di luar kelas dan tekankan lebih pada aktiviti.

2. Ada anak yang fokusnya panjang. Boleh bagi ilmu yang dalam bentuk jadual yang ada timeline supaya dia bersiap sedia.

3. Ada anak yang suka persaingan. Sangat suka untuk menang dan dipuji, akan cemerlang jika bersaing dengan orang lain.

4. Ada anak yang family style focus. Lebih cepat serap ilmu jika belajar dalam study group.

5. Ada anak yang pentingkan kekemasan dan aturan tempat belajar. Baru boleh fokus 100%.

6. Ada anak yang suka menjadi role model. Bila diberitahu akan menjadi contoh pada orang lain, dia akan push sehabis baik.

InsyaAllah bila cara belajar ini sesuai dengan karakter dan personaliti anak-anak, ibu dan ayah jangan terkejut pula kalau tiba-tiba mereka jadi minat dan hebat dalam pembelajaran.

Mungkin selama ini mereka bukan tidak mahu dapatkan markah yang tinggi dan nampak malas, cuma mungkin cara mereka belajar itu tidak kena dengan karakter dan personaliti mereka.

Dalam usaha untuk kekal fokus, ibu dan ayah juga perlu ambil tahu akan kondisi kesihatan anak-anak. Selesema dan batuk berpanjangan sudah pasti akan mengganggu konsentrasi mereka. Gunakan Mamz Oil agar anak-anak cepat sembuh dan dapat kekalkan daya fokus dalam pembelajaran!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Need Help? Chat with us