loader image

Pernah Ada Bisnes Nurseri Pokok, Namun Terpaksa Ditutup Atas Sebab Yang Tak Dapat Dielakkan. Ibu Ini Pantas Bangkit Semula Dengan Mamz!

photo_2022-10-21_15-04-36

Siapa sangka hanya dengan perniagaan menjual minyak bayi, wanita ini berjaya bangkit dan ubah hidup keluarga secara total! 

“Boleh kata hampir 360 darjah la hidup Kak Pah berubah dengan Mamz ni. Kak Pah dulu pernah ada bisnes nurseri. Bukan yang jaga budak-budak tu taw! Yang jaga pokok-pokok tu!” kata Kak Pah sambil berseloroh.

“Masa tu, bisnes nurseri tu dah ok. Tapi atas sebab-sebab tertentu, Kak Pah terpaksa letgo semua, dari pokok, pasu, baja-baja…semua lah. Then Kak Pah tak bekerja, jadi suri rumah sepenuh masa. Masa tu abang (suami) je yang kerja. Dia ada lah niaga-niaga sikit.”

“Then ada satu hari tu, ada kawan ajak buat dropship Mamz Oil ni. Kak Pah pun macam ok je la kan sambil-sambil duduk rumah tu nak la try cari duit tambah sikit buat tolong-tolong abang (suami).”

Berkat usaha dan kesabaran serta kegigihan tanpa kenal erti jemu, Kak Pah yang pada asalnya hanyalah seorang dropship kini bergelar Master Agent untuk Kluang, Johor!

Begitu komitednya Kak Pah, sampaikan masa nak restock di HQ tempohari beliau sempat lagi selesaikan pembungkusan parcel-parcel J&T sebelum berangkat pulang.

“Kalau dulu tu nak minta duit dengan abang (suami) pun serba salah juga, ye la dia niaga-niaga tu kadang ada hari ada lah untung, kadang tu balik tangan kosong. Alhamdulillah la dengan Mamz ni, Kak Pah sedikit sebanyak dapat sama-sama bantu kewangan family kami.”

“Kak Pah juga boleh beli apa je yang Kak Pah dan anak-anak nak. Kalau dulu fikir 2-3 kali, sekarang ni nak je terus beli…especially makanan lah. Itu win Kak Pah paling berharga!”

Alhamdulillah. Kami di Mamz HQ sangat berbesar hati kerana berjaya bantu Kak Pah ubah hidup beliau. Semoga Kak Pah sentiasa perform dan kekal sukses dalam bisnes Mamz ini!

Korang tak nak ke grab Edisi Khas? Hari ini hari TERAKHIR sebelum promosi tamat. Rugi taw sebab kami bagi Edisi Khas ni free je! Jom dapatkan hari ini!

Psst! Promosi Maulidur Rasul akan ditutup pada 21 Oktober 2022, tepat jam 12 malam nanti. Dapatkan Edisi Khas Mamz Oil/Mamz Cream secara PERCUMA bagi setiap pembelian 🥰

photo_2022-10-21_15-04-30

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *