Mendidik anak dengan ikhlas, penuh kesungguhan dan kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang sangat mendalam kepada anak.
Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar seiiring dengan perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung untuk mentaati dan menghormati ayah dan ibu yang menggunakan pendekatan sedemikian.
“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah.” – (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jom ikuti perkongsian tips di bawah ini.
1. Sentuhan
Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka mampu memberikan rasa selesa untuk si kecil berbicara dengan orang lain.
2. Berbual
Luangkan sedikit masa bersama mereka untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat mereka. Tunjukkan sokongan pada minat dan kecenderungan mereka selagi tidak bercanggah dengan ajaran agama.
3. Ungkapan
Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan. Perlu kerap beritahu mereka bahawa anda sangat sayang dan kasihi mereka. Mesti juga disesuaikan dengan suasana yang tenang dan jauh dari kebisingan supaya memberi kesan yang lebih mendalam.
4. Menatap Wajah
Lihatlah wajah mereka, tenung mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap dan mendengar mereka bercakap. Rasulullah mengajar kita supaya mengadap badan kepada seseorang ketika bercakap, bukan sekadar menolehkan muka kita kepadanya.
Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat kepada ayah dan ibu di luar sana.
“Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.” – (Riwayat Bukhari)