loader image

Tips Merawat Bayi Demam, Ini 3 Cara Yang Mummiez Boleh Lakukan

Demam yang dihadapi bayi sering menjadi igauan ibu dan ayah. Majoriti akan membawa ke klinik atau hospital kerana bimbangkan si kecil yang lesu akibat demam. Sebenarnya, demam biasa yang selalu dialami si kecil tidaklah berbahaya seperti yang disangka dan boleh dirawat sendiri di rumah.

Berikut adalah beberapa cara yang ibu dan ayah boleh ikhtiarkan untuk merawat demam si kecil:

1. Letakkan kain lembap pada dahi/pelipat badan bayi

Ibu dan ayah boleh menyediakan tuala yang dibasahi air untuk mengurangkan suhu badan si kecil. Perah tuala tersebut sehingga tiada air berlebihan, dan tuam/letakkan di dahi, leher, ketiak dan badan si kecil.

2. Pilihan pakaian yang nipis dan selesa

Pakaian yang nipis dan selesa memberi pengudaraan yang baik, seterusnya membuatkan badan bayi terasa sejuk dan tidak terlalu panas. Sekiranya bayi menggigil, tutup dengan kain nipis atau selimutkan bayi dengan selimut nipis sahaja.

3. Urut bayi menggunakan Mamz Oil

Memberi kehangatan yang tidak berlebihan pada tubuh bayi dapat menurunkan juga suhu badan. Ibu dan ayah boleh gunakan Mamz Oil di punggung bayi dan pelipat badan si kecil. Urut dengan Mamz Oil perlahan-lahan untuk memberi keselesaan dan ketenangan pada bayi agar mereka dapat berehat secukupnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *