loader image

Pentingnya ‘Cipta’ Bonding Yang Kuat Pada Fasa Umur 12 Tahun Yang Pertama, Ini Sebabnya!

NORMAL bagi ibu dan ayah sudah mula memikirkan masa hadapan anak-anak walaupun mereka masih bayi lagi. Tapi, pernahkah kita terfikir bahawa satu hari nanti anak-anak akan meninggalkan kita untuk ke fasa kehidupan seterusnya?

Proses ini adalah antara fasa yang menyedihkan hati kita apabila anak-anak sudah bekerjaya dan mula berkeluarga.

Maka, adalah sangat penting untuk ibu dan ayah didik anak-anak dalam fasa umur 12 tahun pertama bagi menguatkan ikatan (bonding).

Jom kita follow beberapa rutin di bawah untuk eratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak!

1. Peluk anak 2-3 minit setiap pagi bila dia bangun tidur.

2. Ambil masa 5 minit setiap pagi untuk berbual dengan anak tentang apa plan dia hari ini.

3. Kurangkan jeritan dan marah-marah di waktu pagi, itu akan ganggu emosi anak sepanjang hari.

4. Tuliskan nota cinta dan selitkan dalam beg sekolah/bekal anak. Contoh: “Mama love you so much!

5. Bila hantar anak ke sekolah, beritahu yang kita tak sabar nak jumpa dia petang nanti. “Have fun sayang!

6. Tinggalkan kerja hanya di tempat kerja.

7. Tutup radio dalam kereta. Beri perhatian pada anak-anak dan galakkan mereka untuk berkongsi hari mereka.

8. Bila anak-anak buat lawak, GELAK je…walaupun tak faham atau tak lawak langsung.

9. Bila anak-anak tantrum, PELUK dia dengan penuh kasih sayang.

10. Cium dahi anak sebelum tidur. Sambil usap lembut pipi/kening, beritahu dia yang kita sangat bersyukur Allah kurniakan dia untuk kita.

Mula-mula tu akan rasa leceh sebab tak biasa buat kan. Nanti bila dah jadi habit, banyak benda akan jadi mudah dan hubungan kita dengan anak insyaAllah akan jadi lebih manis. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *