loader image

Jangkitan Pernafasan Respiratory Syncytial Virus (RSV), Apa Yang Perlu Kita Tahu?

Respiratory Syncytial Virus, atau RSV adalah sejenis virus yang seringkali menyebabkan penyakit jangkitan saluran pernafasan pada semua umur.

Hampir semua kanak-kanak yang berumur bawah 2 tahun pernah dijangkiti virus ini. Simptom RSV ini boleh menjadi sangat teruk bagi sesetengah kes, terutamanya pada bayi pramatang dan juga bayi yang mempunyai masalah paru-paru yang kronik.

Simptom Jangkitan RSV

1. Kesukaran bernafas termasuk pernafasan yang lebih cepat dari biasa.

2. Batuk yang berlarutan dan semakin teruk.

3. Peningkatan keletihan dan kehilangan selera makan.

Cara RSV Tersebar Ke Orang Lain

1. Sentuhan. 

2. Semburan.

Virus ini akan berada di dalam hidung dan kerongkong serta permukaan bebola mata sehingga 4 minggu. Di Malaysia, jangkitan ini berlaku sepanjang tahun dengan kes akan meningkat pada musim hujan, terutamanya pada hujung dan awal tahun.

Tanda -Tanda Terkena Jangkitan

Biasanya selepas dijangkiti, tanda-tanda penyakit akan bermula selepas 2 hingga 8 hari.

Untuk bayi dan kanak-kanak bawah umur 6 bulan serta individu dengan penyakit kronik, jangkitan RSV akan menyebabkan jangkitan sistem pernafasan bawahan (lower respiratory tract infection), termasuklah jangkitan paru-paru (pneumonia) atau jangkitan saluran kecil paru-paru (acute bronchiolitis).

Tindakan atau Rawatan Yang Diperlukan

Jika jangkitan RSV itu semakin teruk, dapatkan konsultasi doktor secepat mungkin. Dalam sesetengah kes, doktor akan berikan cecair intravena (IV), oksigen lembap, nebulizer atau suntikan epinerin untuk melegakan jangkitan RSV.

Ibu dan ayah juga boleh gunakan Mamz Oil sebagai ikhtiar bagi menguatkan sistem imun anak-anak. Formulasi Mamz Oil menggunakan Habbatus Sauda gred premium sebagai bahan utama mampu memberikan keselesaan dan kecerian buat si kecil!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Need Help? Chat with us