Sebagai ibu dan ayah, sudah pasti kita semua sayangkan anak kita kan? Tapi pernah tak kita terfikir jika kita sampai ‘rasa’ itu dalam cara yang akan mereka balas?
“Tak kenal maka tak cinta” memberi maksud agar kita kenal dan fahami anak untuk menyayangi dan menghargainya sepenuh jiwa.
1. Sentuhan Fizikal
Jika anak sering berada berhampiran dan sering menyentuh anggota badan anda seperti rambut, pipi dan sebagainya, ini menunjukkan bahawa sentuhan fizikal adalah cara dia menyatakan rasa sayang itu.
2. Memberi Hadiah
Jika si kecil teliti mengenai cara hadiah dibungkus, ingat siapa dan bila hadiah itu diberikan, atau enggan buang hadiah walaupun sudah rosak.buruk, maka itu tanda mereka gemarkan hadiah sebagai pernyataan sayang. Bukan harga yang penting, tapi usaha yang ditunjukkan.
3. Kata-Kata Galakan/Motivasi
Anak yang sukakan kata-kata galakan/motivasi suka mendengar dan bercakap dengan tekun. Mereka juga suka memberi atau menerima pujian. Oleh itu, gunakanlah lebih pujian untuk membantu membina keyakinan anak anda.
4. Khidmat Pertolongan
Satu tanda biasa ialah kanak-kanak yang sering meminta anda melakukan sesuatu untuk mereka seperti membacakan buku cerita, butangkan baju dan lain-lain. Ibu dan ayah mungkin penat dan rasa seperti orang gaji.
5. Meluangkan Masa Berkualiti
Tidak sukar untuk mengenal pasti bahasa kasih sayang ini kerana si kecil akan sering meminta ibu dan ayah bermain dengannya atau memerhatikannya meakukan sesuatu. Ibu dan ayah boleh luangkan masa dengan si kecil dengan cara membaca bersama, bersiar-siar di taman dan berhubung rapat dengannya.
Kesimpulannya, apa yang penting adalah menggunakan bahasa kasih sayang pilihan si kecil. Jalinkan hubungan rapat seawal mungkin. Makin lama dan lambat ibu dan ayah bertindak, makin sukar untuk memupuk hubungan rapat ibu-ayah dan anak…