loader image

Pentingnya Memilih Barangan Penjagaan Bayi Yang Bebas Kimia

baby, cute, one-3095265.jpg

Terdapat pelbagai jenis barangan penjagaan diri untuk bayi yang dijual di pasaran. Apakah faktor yang perlu diambil kira dalam memilih barangan penjagaan diri yang terbaik untuk si manja? Adakah ia selamat untuk bayi?

Berikut merupakan antara 3 daripada bahan kimia yang perlu DIELAKKAN ketika memilih barangan penjagaan diri untuk bayi. 

1. Bahan Pewangi Kimia

Bauan yang segar dan wangi pada barangan penjagaan diri bayi pasti digemari oleh sesiapa sahaja yang menghidunya. 

Walau bagaimanapun, bahan pewangi kimia yang digunakan dalam pembuatan barangan penjagaan diri bayi ini boleh menyebabkan iritasi, alergi atau ekzema kepada bayi.

2. Paraben

Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk penjagaan diri, kosmetik dan juga ubatan. 

Walau bagaimanapun, produk penjagaan diri yang mengandungi paraben adalah berbahaya untuk bayi kerana ia akan mengganggu sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan, seterusnya menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan. 

3. Minyak Mineral

Minyak mineral bertindak menutupi kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit. Walau bagaimanapun, ia boleh menghalang dan mengganggu proses perkumuhan melalui kulit (berpeluh).

Ibu dan ayah disarankan untuk menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pelembap kulit.

Pilih Barangan Penjagaan Bayi Yang Selamat

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu dan ayah yang tercari-cari tips memilih barangan penjagaan bayi yang sesuai dan selamat. Carilah alternatif yang menggunakan 100% bahan semula jadi seperti Mamz!

Buat pilihan yang tepat, utamakan kesihatan anak-anak kita. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *