loader image

3 Kepentingan Sarapan Pagi Untuk Anak-Anak, Ibu Bapa Jangan Abaikan!

cereal, breakfast, meal-898073.jpg

Tidak dinafikan, ada sesetengah ibu dan ayah yang kurang memberi tumpuan terhadap sarapan pagi anak-anak terutamanya sebelum mereka ke sekolah.

Bagi si kecil, tenaga merupakan sumber utama untuk memulakan pergerakan fizikal, keupayaan berfikir dan bertutur. Jadi adalah sangat penting bagi anak-anak kita mulakan harinya dengan pengambilan sarapan yang berkhasiat.

Antara kepentingan sarapan pagi ialah:

1. Sarapan pagi adalah waktu makan yang penting bagi memastikan anak-anak tidak mudah mengantuk dan hilang fokus semasa proses pembelajaran berlangsung. Mengikut kajian, kanak-kanak perempuan memerlukan sekitar 1200-1600 kcal/hari manakala kanak-kanak lelaki memerlukan sekitar 1300-1800 kcal/hari.

2. Pada usia 6 hingga 12 tahun, ini adalah waktu kritikal kanak-kanak untuk membesar. Nutrien dan tenaga secukupnya diperlukan pada fasa ini. Sekiranya kanak-kanak tidak bersarapan, mereka akan sukar untuk memberi tumpuan dan cepat letih di sekolah. Mereka juga mudah resah di mana bukan sahaja ia akan menjejaskan mood dan perasaan seterusnya menjejaskan pembelajaran mereka.

3. Kajian menunjukkan 1 dari 3 kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan akan kurang melakukan aktiviti fizikal. Pengambilan sarapan dengan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat akan memberikan kanak-kanak tenaga yang diperlukan untuk beraktiviti. 

Kita sebagai ibu dan ayah yang prihatin pasti tahu betapa pentingnya untuk anak-anak meneroka dunia yang luas ini semasa mereka masih kecil. Oleh itu, berikanlah anak-anak sarapan yang terbaik dan berkhasiat untuk memacu tumbesaran yang sempurna!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *