loader image

Keluar Dari Zon Selesa, Buka Seluasnya Perspektif Diri

success, stairs, determination-784350.jpg

Berada di dalam situasi yang selesa membuatkan diri berasa selamat, namun jika dilihat dari sudut jangka masa panjang ia kurang memberi impak terhadap diri kita. 

Untuk menjadi individu yang berjaya, kita harus berani mengambil risiko untuk keluar dari zon selesa untuk mengenal erti sebenar cabaran dan manisnya kejayaan.

Antara manfaat yang dapat kita peroleh pada diri sendiri apabial keluar dari zon selesa ialah:

1. Berpeluang untuk jadi lebih matang

Keluar dari zon selesa membuatkan kita dapat mencabar had sebenar dalam usaha meletakkan diri ke tahap yang lebih tinggi. Dengan cabaran baru yang dihadapi, kita akan lebih matang dan bijak membuat keputusan.

2. Belajar kenal diri sendiri

Apabila kita meletakkan diri di luar zon selesa, secara tidak langsung kita dapat mengenali diri dengan lebih baik. Kemahiran dan ilmu baharu memberi manfaat dan mampu menambahkan keyakinan diri. Di samping itu, kita juga dapat mempelajari akan kekuatan dan kelemahan diri yang mungkin selama ini tidak kita ketahui.

3. Kreatif dan inovatif

Pemikiran kita akan berubah kerana pandangan dan pemikiran kita akan dicabar untuk mencari penyelesaian terhadap cabaran-cabaran baru, tidak lagi tersekat dan terhad. Dengan daya pemikiran yang baru ini akan membuatkan kita lebih kreatif untuk menyesuaikan diri dengan cabaran dan persekitaran baharu.

Pepatah Inggeris ada menyebut, “Lebih rendah risiko yang diambil, sepadanlah dengan hasil yang diperoleh. Tetapi lebih tinggi risiko yang diambil, maka lebih besarlah hasil yang diperoleh kelak.” Adakah kita mahu menjadi yang biasa-biasa, atau berimpian untuk jadi luar biasa? Tepuk dada, tanyalah hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *