loader image

3 Jenis Makanan Sihat Untuk Kanak-Kanak, Pasti Digemari & Disukai!

meal, salad, cucumbers-2834549.jpg

MAKANAN SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

Galakan kepada anak-anak untuk mengamalkan gaya hidup sihat amatlah penting, dengan lambakan makanan ringan dan segera yang mudah untuk diperoleh. Oleh itu, ibu dan ayah perlu amalkan dan perkenalkan makanan sihat dalam diet keluarga.

Anak-anak kita memerlukan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral untuk membesar dengan baik dan sihat. Ini antara contoh makanan yang sesuai dan sihat untuk anak kita.

1. BUAH-BUAHAN

Buah-buahan mempunyai serat, vitamin dan mineral penting untuk kita. Buah beri contohnya, adalah antara yang terbaik kerana ia boleh memperbaiki fungsi otak dan mengurangkan lemak yang tak diingini. Namun, buah-buahan tempatan juga amat bagus untuk kesihatan dan sangat sesuai untuk kanak-kanak.

2. SAYUR-SAYURAN

Ibu dan ayah boleh cuba selitkan diet anak-anak dengan sayur-sayuran. Boleh cuba gaulkan sayur-sayuran yang sesuai seperti tomato, salad dan brokoli bersama-sama mayonnaise mengikut kesesuaian. Sayur bayam contohnya, sangat bagus kerana ia penuh dengan vitamin, zat besi dan bahan antioksidan.

3. TELUR

Telur adalah sumber protein yang berkualiti tinggi, kaya dengan Vitamin D dan bahan antioksidan. Protein di dalam telur dapat membantu dalam pembinaan tisu badan, manakala Vitamin D membantu badan menyerap kalsium untuk tulang. Antioksidan pula dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV. Dan telur sangat sesuai dijadikan menu sarapan pagi anak-anak, simple dan mengenyangkan!

Jom kita beri pendedahan dan didikan kepada anak-anak kita untuk makan makanan sihat pada usia awal ini agar lebih mudah untuk mereka memahami kepentingan kesihatan dan pemakanan kelak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Need Help? Chat with us