loader image

Penyusuan Mempengaruhi Pembentukan Gigi Bayi

baby, boy, accessories-220296.jpg

Terdapat banyak kajian menyatakan bahawa susu ibu mampu memberi kebaikan kepada si kecil terutama dalam membantu meningkatkan imunisasi dan membantu pertumbuhan gigi si manja dengan baik.

Ini kerana komposisi susu ibu adalah berlainan dari susu formula yang merupakan salah satu punca utama karies di kalangan kanak-kanak.

Susu ibu berupaya untuk menjadikan keadaan mulut bayi tempat yang tidak sesuai untuk pembiakan bakteria jahat yang mana boleh menyebabkan gigi berlubang.

Lebih lama bayi menyusu badan, lebih rendah risiko bayi untuk mendapat tabiat seperti menghisap jari atau puting tiruan seterusnya mengurangkan masalah pembentukan gigitan.

Keadaan menyusukan bayi dengan puting ibu adalah berbeza dengan bayi yang menghisap susu melalui botol, di mana terdapatnya perbezaan pergerakan rahang dan struktur mulut bayi ketika penyusuan disebabkan bezanya kelembutan puting payudara dengan puting botol susu.

Oleh itu, adalah sangat digalakkan untuk ibu-ibu memberi penyusuan susu badan secara eksklusif dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya, sejajar dengan saranan dari World Health Organization (WHO) dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) iaitu tiada penggunaan botol dan puting tiruan dalam tempoh tersebut.

Namun untuk menyusu badan bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun ada ibu yang pernah menyusukan anak sebelum ini, masalah kurang susu badan mungkin berlaku atas faktor-faktor tertentu.

Jika ibu-ibu di luar sana mengalami masalah kurang susu badan, kami sarankan pengambilan air yang banyak untuk memastikan kadar hidrasi berada di tahap optimum. Selain itu, ibu-ibu juga disarankan untuk mengambil Momiz secara konsisten sebanyak 2 biji sehari.

Rumusan Habbatus Sauda dan minyak zaitun yang ada di dalam Momiz berupaya untuk merangsang badan agar mengeluarkan lebih banyak lagi susu badan ibu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *