loader image

Kenapa Bayi Muntah Selepas Menyusu?

drinking milk, bottle, milk-2549021.jpg

Apakah itu muntah susu?

Muntah susu atau biasa dipanggil jeluak merupakan situasi yang seringkali berlaku pada semua bayi. Ia adalah reaksi semula jadi di mana berlakunya luahan cecair seperti susu dalam kuantiti yang kecil.

Adalah satu kebiasaan jika si manja muntah dengan kerap dalam beberapa bulan pertama dalam fasa umurnya. Ini kerana si manja sedang menyesuaikan diri dengan penyusuan serta proses tumbesaran mereka.

Antara punca yang menyebabkan si manja muntah susu ialah kerana:

1. Teknik penyusuan yang salah

Teknik yang salah mengakibatkan si manja menghirup lebih banyak udara berbanding susu yang menjadi punca si manja kembung perut dan muntah susu beberapa kali.

2. Batuk dan selesema

Batuk dan selesema akibat jangkitan pada tekak atau paru-paru juga boleh membuatkan si manja muntah. Dalam sesetengah kes, ada juga yang tercekik akibat tersedak atau tertelan muntah susu ini seterusnya menyebabkan masalah pernafasan.

Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan kadar muntah susu ini yang boleh ibu dan ayah ikuti.

1. Sendawakan selepas penyusuan

Selepas selesai penyusuan, sendawakan si manja untuk mengelakkan angin terkumpul di dalam perut mereka. Apabila si manja sendawa, ini tandanya susu telah selamat masuk ke dalam perut dan angin telah dikeluarkan.

2. Urutan badan si manja

Amalkan urutan badan si manja dengan kerap dan menggunakan cara yang betul supaya dapat mengurangkan risiko refluks dan kembung perut. Mengurut si manja bukan sahaja dapat menenangkan mereka malah dapat melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan otot-otot mereka.

3. Cara pemberian susu yang betul

Sekiranya memberi susu badan, ibu boleh cuba susukan di sebelah payudara dan perah susu di sebelah pula. Hadkan setiap penyusuan setiap sesi, dan jarakkan penyusuan seterusnya dalam 2 jam kerana perut si manja perlukan masa untuk kosong semula.

Ibu dan ayah haruslah peka dalam menangani perkara ini. Muntah susu tidaklah berbahaya, tetapi jika berlaku terlalu kerap segeralah berjumpa doktor untuk konsultasi dan rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *