loader image

Sesi Persekolahan 2023 Telah Bermula!

children, kindergarten, school-7339441.jpg

Zaman sekarang, dah jadi satu trend ibu dan ayah untuk menghantar anak ke tadika lebih awal, dan rata-rata anak sudah mula dihantar ke pengasuh atau taska sejak kecil lagi. Tapi kan, daripada ‘duduk saja’ di sana, mesti ramai ibu dan ayah fikir lebih baik ke tadika terus untuk belajar lebih banyak benda.

Tetapi, tahukah anda, sebenarnya walaupun duduk di rumah tanpa aktiviti yang padat, anak-anak tetap akan mempelajari banyak perkara. Jika ibu dan ayah tetap ingin menghantar anak ke tadika seawal usia 4 tahun, ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh ibu dan ayah.

Zaman kanak-kanak yang terpaksa ‘dikorbankan’ dengan begitu banyak aktiviti dan kerja sekolah mungkin akan memberi kesan jangka masa panjang akibat pengalaman yang tidak menyeronokkan.

Anak mungkin berasa benci, takut atau malas ke sekolah, dan secara tidak langsung akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka dalam jangka masa panjang, dan menyebabkan mereka stres!

Stres yang melanda anak  zaman kini bukan lagi sesuatu yang asing. Dan bukan semua anak mempunyai tahap kesediaan yang sama untuk bersekolah walaupun usia tidak jauh berbeza.

Sekiranya terlalu dipaksa, tidak mustahl akan memberi tekanan kepada sosial dan emosi anak. Sedikit sebanyak akan menjejaskan kadar perkembangan skil yang seiring dengan usia mereka kerana anak masih belum mampu untk menyesuaikan diri dan keperluan mereka tidak dipenuhi.

Pakar psikologi pula berpendapat bahawa ibu dan ayah yang melewatkan anak ke tadika berpeluang mengajarkan anak rutin secara informal di samping memberi kelonggaran kepada anak secara bebas dan kreatif. Hasilnya, anak akan mempunyai kemahiran mengendalikan diri dengan lebih baik. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *