Ekzema merupakan ruam pada kulit yang terlihat seperti kulit kering, menebal, bersisik atau mempunyai benjolan merah kecil yang boleh melepuh. Lelehan daripada benjolan kecil itu kadangkala boleh berjangkit pada bahagian kulit yang lain. Ruam jenis ini kebiasaannya akan merasa gatal.
Bayi lebih mudah terdedah dengan masalah ini kerana lapisan kulit bayi lebih nipis daripada orang dewasa. Ian secara tidak langsung meningkatkan risiko kulit kering akibat kulit bayi lebih cepat kehilangan air.
Bayi kebiasaannya akan menggosok bahagian kulit yang bermasalah kerana tidak selesa dan ia boleh menyebabkan kulit menjadi lebih nipis dan mudah luka.
Walaupun ekzema biasanya muncul pada dahi, pipi atau kulit kepala bayi, namun ia boleh merebak ke lengan, kaki, dada atau bahagian belakang badan.
Keadaan bayi ekzema umumnya tidak boleh disembuhkan. Namun ia boleh dikawal dan biasanya akan hilang sendiri setelah beberapa bulan atau tahun. Sapukan krim pelembap pada bahagian leher ke kaki, termasuklah tempat terjejas.
Gunakan produk pelembap yang dapat mengunci lembapan bagi merawat kerengsaan semasa dan dalam masa sama menyediakan penghalang untuk mengelakkan kulit bayi meradang pada masa hadapan.
Sumber Rujukan : Hello Doktor