loader image

Bahaya Ibu Meroyan Selepas Melahirkan

Penyakit meroyan atau lebih tepatnya postpartum psychosis sering dikaitkan dengan kemurungan di kalangan ibu yang baru melahirkan. Perkara ini sering terjadi pada wanita kerana keadaan badan mereka yang berasa tidak selesa selepas bersalin. Namun masalah ini akan menjadi lebih serius apabila melibatkan kemurungan melampau.

Tubuh wanita akan mengalami banyak perubahan selepas bersalin dan ia tentunya memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Kerana itu penjagaan wanita selepas bersalin amatlah penting untuk memastikan tubuh badan wanita melalui proses ‘pemulihan’ bagi mengelakkan masalah kesihatan.

Terdapat satu perkongsian daripada laman sosial Facebook, Dr Afiq Rahim yang menyatakan bahawa penyakit meroyan ini berpunca daripada perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stress dan gangguan emosi kepada wanita yang baru lepas melahirkan.

Antara tanda-tanda penyakit postpartum psychosis ialah:

-bercakap seorang diri

-berhalusinasi

-berfikir hal yang tidak rasional

-gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu

-sering menangis sendirian

-tidak minat untuk melakukan apa-apa

Segera rujuk pada pakar jika perubahan tingkahlaku yang dialami oleh ibu menjadi sangat ketara berbanding personaliti asal mereka. Ia bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Antara yang boleh dilakukan oleh orang sekeliling untuk menghadapi mereka yang mempunyai postpartum psychosis ialah:

-Memberikan sokongan moral, emosi dan fizikal 

-Dampingi juga si ibu dengan bacaan zikrullah serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh menunaikan solat

-bawa kepada pakar kaunseling dan ambil ubatan sekiranya diperlukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *