loader image

Punca Gigi Anak Rosak

Siapa di sini yang anaknya sering mengalami masalah gigi rosak. Masalah gigi rosak ini sebenarnya sering terjadi pada kalangan kanak-kanak kerana mereka masih tidak mengetahui kepentingan menjaga kesihatan gigi.

Sebagai ibu bapa, kita yang perlu mendidik anak-anak supaya menjaga kesihatan gigi supaya mereka mendapat gigi yang kuat dan tidak mudah rapuh. Di sini kami kongsikan apakah punca gigi anak anda mudah rosak.

1. Biarkan anak minum susu botol hingga tertidur.

2. Beri anak minum minuman manis menggunakan botol susu.

3. Biarkan anak menyusu botol melebihi 2 tahun.

4. Ibu bapa kerap berkongsi sudu dengan anak. Air liur mempunyai banyak bakteria dan mekanisme di dalam air liur orang dewasa dan kanak-kanak sangat berbeza. Disebabkan itu bakteria dapat disebarkan melalui sudu yang digunakan.

5. Terlalu kerap membiarkan anak makan snek dan gula-gula.

6. Tidak mula membersihkan gigi anak ketika anak berumur bawah 1 tahun.

7. Tidak membiasakan anak dengan cara penjagaan gigi yang betul.

Kepentingan menjaga kesihatan gigi perlulah dipupuk sejak anak masih kecil kerana gigi yang rosak akan menjadikan anak kurang berkeyakinan untuk berdepan dengan orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *