Ada ke ibu dan ayah yang mahukan anak mereka jatuh sakit?
Pasti tiada kan. Jadi, ketahui cara untuk mencegah penyakit yang boleh kita lakukan bagi menjaga kesihatan anak agar anak sentiasa sihat.
- Pencuci, sanitasi dan pembasmi kuman: Lakukan pembersihan rutin dengan sabun atau bahan pencuci bersama air untuk menghilangkan kotoran daripada permukaan seperti lantai, dinding, permaidani dan tingkap. Tambah proses sanitasi di beberapa bahagian rumah untuk membunuh kuman pada permukaan yang meliputi bahagian seperti meja makan, sinki dan permainan.
- Penyimpanan makanan: Pastikan makanan disimpan pada suhu yang betul. Simpan makanan sejuk dalam peti sejuk beku. Simpan dan gunakan makanan dalam tin dan bungkusan mengikut urutan tarikh luput. Simpan bijirin dan gandum dalam almari menggunakan bekas legap di mana cahaya tidak boleh menembusinya untuk menjaga kandungan vitamin di dalamnya. Minyak masak juga perlu disimpan jauh daripada chaya untuk mengelakkan daripada menjadi tengik.
- Cuci tangan dengan betul: Cara membasuh tangan dengan betul adalah – basahkan tangan anak anda, tuangkan sabun ke tangan, gosokkan tangan dengan kuat, gosokkan setiap permukaan sepenuhnya dan teruskan gosokan selama 20 saat, bilas tangan sepenuhnya dan akhir sekali keringkan dengan betul.