loader image

3 Tanda Anak Terlalu Manja

Sebagai ibu dan ayah, lazimnya kita dianugerahkan dengan sifat melindungi dan memenuhi kehendak si anak, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil. Ini kerana kita menganggap mereka masih belum boleh berdikari dan menguruskan diri masing-masing.

Namun setiap anak harus dilengkapi dengan nilai-nilai supaya mereka belajar menjadi lebih berdikari dan mengawal emosi.

Walaupun mereka sudah boleh diajar sejak awal, namun karakter ini patut sudah mula terlihat sekitar usia 3-4 tahun. Pada usia ini, mereka sudah mula ada rasa tanggungjawab untuk menguruskan diri.

Tantrum adalah suatu tanda anak-anak tidak yakin dengan diri mereka. Mereka perlu diajar untuk bertenang dan memahami bahawa tidak semua kehendak boleh dipenuhi secepat mungkin. Jadi cuba periksa 3 tanda ini supaya anda boleh melatih disiplin mereka.

  1. Menangis sebagai senjata: Menghentak, menjerit, bercakap kasar dan menangis sekuat hati setiap kali memberitahu kemahuan mereka adalah sesuatu tindakan yang tidak boleh diterima. Ini mungkin menunjukkan bahawa mereka rasa kurang didengari.
  2. Suka ‘dirasuah’ untuk berkelakuan baik: Anda mungkin membiasakan mereka dengan memberi gula-gula atau coklat selepas melakukan sesuatu kerja seperti mengemas mainan. Perbuatan ini tidak salah, tetapi jangan jadikan ia perkara wajib supaya mereka memahami konsep mendengar arahan.
  3. Tidak suka menolong: Perasaan pentingkan diri adalah normal dalam diri anak kecil, tetapi ia juga tanda anak terlalu manja. Namun, semakin mereka bertambah usia, seharusnya mereka sudah mula memikirkan perasaan orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *