loader image

Kenapa Bayi Menangis Pada Waktu Malam?

Pelik kan? Ada sesetengah bayi suka benar menangis pada waktu malam. Mulalah kita yang ibu dan ayah ni kadang-kadang terfikir yang bukan-bukan.

Fenomena bayi menangis di tengah malam sebegini sering diterjemahkan dengan kepercayaan bayi ‘diusik’ makhluk halus.

Apakah punca anak menangis di waktu malam? Apa sebenarnya yang berlaku? Apa sebenarnya bayi ini mahukan? Banyak alasan mengapa mereka menangis sebenarnya.

  1. Bayi cuba berkomunikasi dengan ibu dan ayahnya.
  2. Bayi kelaparan dan ingin disusukan dengan segera.
  3. Suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu panas memberi ketidakselesaan pada bayi.
  4. Ada bayi yang di waktu siangnya berehat dan tidur, dan aktif bertenaga di waktu malam.
  5. Kepenatan dan tidak selesa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *