Pernah tak anda mengesyaki suami buat-buat tak dengar bila anak menangis pada waktu malam? Mungkinkah anda pernah terfikir yang suami mahu lari dari tanggungjawab menguruskan anak yang menangis pada waktu malam?
Satu kajian mendapati bahawa lelaki mungkin memang ‘tidur mati’ dan tidak dengar langsung bunyi tangisan anak ketika sedang tidur!
Berdasarkan kajian itu, didapati wanita akan terbangun bila mendengar bunyi tangisan bayi, dan yang menariknya lelaki hanya akan bangun bila mendengar bunyi ‘alarm’ kereta! Oleh itu, para pengkaji menyimpulkan perbezaan kepekaan wanita dan lelaki terhadap bunyi disebabkan mereka berbeza.
- Wanita lebih cepat respon kepada perkara yang boleh mengancam kanak-kanak atau anaknya. Bunyi lain yang menyebabkan wanita bangun dari tidur adalah air dari paip, bunyi bising di luar, orang berdengkur, penggerudian, lalat terbang, bunyi angin yang kuat dan bunyi bising dari saluran air.
- Bagi lelaki, mereka ada juga senarai tersendiri. Lelaki mampu mendengar dan peka kepada bunyi angin kuat, cengkerik, penggera kecemasan, jarum jam dan titisan air.
Jadi, janganlah menuduh suami sengaja buat-buat tak dengar bila anak menangis pada waktu malam, kerana mereka memang tak dapat dengar bunyi tangisan anak itu!