loader image

5 Tips Untuk Pastikan Anak-Anak Kekal Sihat, Aktif Dan Terhibur – Pt. 4

Dengan secubit kreativiti dan sikap optimistik, ibu dan ayah boleh menangani kebosanan anak-anak. Di samping memastikan anak-anak kekal sihat dan gembira, ibu dan ayah juga boleh memanfaatkan waktu yang terluang untuk merapatkan hubungan dengan mereka.

Berikut adalah 5 idea yang kami akan kongsikan untuk membantu anak-anak kekal sihat dan terhibur.

1. Anjurkan permainan mencara barang tersembunyi dengan anak-anak anda

Ibu dan ayah boleh sembunyikan 10 hingga 20 barangan di serata rumah dan minta anak anda untuk mencari kesemua barangan berkenaan. Beri mereka senarai barangan dan biarkan mereka meneroka ke seluruh rumah. Ibu dan ayah boleh turut serta dalam misi pencarian itu!

2. Hasilkan kraf origami

Kraf origami mampu mengasah konsentrasi dan kesedaran spasial (spatial awareness). Ia juga dapat memperbaiki kemahiran motor dan pembangunan otak. Terdapat pelbagai cara lipatan origami yang boleh ibu dan ayah lakukan bersama anak-anak.

3. Hasilkan video kolaj yang mengandungi pengembaraan dan percutian anda sekeluarga

Pilih gambar-gambar percutian keluarga anda dan ajarkan anak-anak cara untuk menggunakan aplikasi ‘video editing’ seperti iMovie atau Capcut. Walaupun hasilnya mungkin kurang kemas, akan tetapi ia pasti menjadi sebuah pengalaman yang menyeronokkan.

4. Dengar ‘podcast’ bersama

Terdapat pelbagai siaran audio atau ‘podcast’ yang mesra kanak-kanak di luar sana. Ibu dan ayah boleh gunakan Spotify untuk dapatkan pelbagai ‘podcast’ yang dapat memberi pengetahuan dan ilmu baharu bukan saja pada anak-anak malah pada ibu dan ayah juga.

5. Bercucuk tanam bersama

Beri anak-anak pengalaman merasai dan bermain dengan tanah. Ibu dan ayah boleh terapkan nilai-nilai murni semasa melakukan proses penanaman seperti menghargai alam sekitar, kebersihan dan jenis-jenis tumbuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *