loader image

3 Tips Penjagaan Rambut Anak Yang Betul Supaya Sihat Dan Cantik

Melayan karenah anak-anak dalam penggayaan rambut seringkali memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi yang paling penting ialah penjagaan rambut mereka perlu diutamakan berbanding dandanan rambutnya.

Ikuti dengan lebih terperinci tips-tips penjagaan rambut anak di sini.

1. Pilih produk yang tepat

Syampu yang terbaik ialah apabila ia diformulasikan khas untuk anak-anak seawal usia bayi hinggalah menjadi kanak-kanak. Pemilihan produk penjagaan rambut untuk anak ialah berdasarkan kadah pH antara 4.5 hingga 5.5. Selain itu, pastikan ia bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti paraben, silikon dan sulfat.

2. Keringkan rambut selepas mandi

Selepas syampu rambut anak kita, buangkan lebihan air dengan cara memerah rambut menggunakan kedua belah tangan. Kemudian, gunakan tuala mikrofiber kerana ia lebih cepat menyerap air seterusnya lebih cepat mengeringkan rambut anak.

3. Minyakkan rambut

Rutin meminyakkan rambut adalah sangat baik kerana ia aakn menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Bagi meningkatkan peredarah darah ke akar rambut, urut perlahan bahagian kulit kepala anak. Kami syorkan penggunaan minyak rambut dari sumber semula jadi seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun, minyak argan dan minyak habbatus sauda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *